Pemegang saham Maika berterima kasih kepada Najib, kerajaan
HULU SELANGOR: Pemegang saham Maika Holdings Bhd, kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah, melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan kerana dapat menyelesaikan masalah melibatkan kedudukan syarikat milik MIC itu.
Ini berikutan pengumuman semalam oleh jutawan pengendali pelabuhan, Tan Sri G Gnanalingam, bahawa syarikatnya G Team Resources sedia mengambil alih Maika pada harga RM106 juta.
S Ramachandran, 67, berkata beliau melabur RM1,000 dalam Maika pada 1984 dan berharap mendapat kembali wang itu setelah menunggu hampir 26 tahun. "Saya tak mengharapkan dividen atau apa-apa faedah, cuma saya mahu balik wang saya," katanya ketika ditemui di Taman Bukit Teratai, satu daripada penempatan terbesar masyarakat India di Hulu Selangor.
Ramachandran, pengerusi sebuah kuil di sini, berkata ramai pekerja ladang di Sungai Choh dan Taman Bukit Teratai telah bergolok bergadai untuk melabur dalam saham Maika pada 1984.
Dalam pengumumannya semalam, Gnanalingam berkata bahawa dengan pengambilalihan itu, syarikatnya akan membayar balik semua wang yang dilabur oleh 66,000 pemegang saham syarikat itu.
Seorang lagi pemegang saham, Mariappan Murugesu, 64, berkata bahawa seperti juga Ramachandran, beliau hanya mahu mendapatkan balik wang pelaburannya sebanyak RM500.
"Saya dan keluarga saya telah lama menunggu keputusan ini," katanya.
Somasundram Singam, 70, dari Sungai Choh, berkata masalah mengenai saham Maika itu telah berlarutan terlalu lama dan tindakan untuk menyelesaikannya amat dialu-alukan. - Bernama
Kami kata:-Nampaknya kali kerajaan dengan pantas dan cekap bertindak bagi menangani masalah kaum India di kawasan dalam negeri Selangor.Setelah masalah ini lama berlanjutan, akhirnya masalah yang membuatkan kaum India tak senang duduk,tak lena tidur telah pun berakhir.Tapi kenapa baru sekarang?Kenapa semasa PRK Hulu Selangor?Ada apa-apa ke?Orang tak nampak kut?Jadi kalau macam tu masalah JALAN ke Ulu Tembeling saya rasa bukan masalah BESAR.Kenapa tak boleh selesai?Kenapa masalah rumah 410 belum reda?Dengar bunyi nak ambil alih belum berhenti!Siapa nak perjuangkan nasib ORANG MELAYU yang duduk disitu?ke nak jadi macam SELANGOR?PR dah menang baru nak settle?Mana ada kuasa lagi.Kalau menang FEDERAL ok lah.Kalau kalah?orang lain yang akan buat agaknya!!!!!!!!!!!
3 comments:
Sebenar 410 kerajaan tidak merancang untuk mengambil alih, hanya disekitar pasar saja diluluskan utk pembangunan stasion bas baru. Baguslah, rumah 410 nilainya akan naik, 400% dalam masa empat lima tahun lagi.
Jalan Ulu Tembeling, mmg ada perancangan kerajaan dlm RMK 9, peruntukkan dianggarkan 250juta, bagaimanapun, package pertama 121juta dpt kpd syarikat Beta Eksklusif drpd Kuala Tahan ke Kg. Pagi. Beta Eksklusif ini milik ADUN Tahan, sepatutnya telah dilaksanakan, tetapi lambat sebab ADUN Tahan sedang menumpukan kpd usaha untuk mengubah laluan ke tempat yang banyak balak.
Tahukah N9 bahawa kerajaan telah meluluskan 2500 ekar tanah di Ulu Tembeling untuk rancangan Felcra. Felcra telah melantik para pegawai/pengurus Felcra Ulu Tembeling ditempatkan sementara di felcra Tembeling Tengah. Apabila felcra hendak membangunkan hasil kajian tidak sesuai utk ladang sawit kerana tanah berbukit. Oleh itu felcra mohon kpd exco tukar syarat sawit kpd getah.
Sebelum mesyuarat exco seorang adun yg sgt suka berbalak turun naik ke pjbt hutan negeri pahang. Tujuannya utk mempastikan kaawasan itu ada balak; tapi tidak ada balak dikawasan itu. Semasa mesyuarat exco, tukar syarat itu telah ditolak oleh exco alasannya kawasan itu termasuk kawasan hutan simpan Taman Negara. Taklimat mesyuarat tanah jerantut menjelaskan bahawa kawasan itu tidak ada kena mengena dgn hutan taman negara kerana ianya diseberang sini sungai bukan sebelah taman negara.
Oleh itu mesyuarat tanah meletakkan supaya kawasan asalm dikekailkan. Adun tersebut telah menyediakan satu kawasan yg penuh balak dikawasan bukan di ulu tembeling lagi.
Oleh kerana banyak sangat songel, felcra membatalkan felcra utk org ulu tembeling.
Adun ini sanggup menjual kepentingan rakyat jelata dan pengundinya utk mendpt laba balak. balak lagi penting dari pengundi.
Siapa kah ADUN yang bangsat tu? cuma wakama bagi tau.Nak jugak kenal YB ynag bangsat mcm tu.
Post a Comment