Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, April 27, 2010

Cerita lama nafas baru.......

Penjawat awam tidak mudah disogok: KSN



PUTRAJAYA: Kempen "Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah" akan memberi satu amaran kepada masyarakat umum bahawa penjawat awam tidak mudah disogok dengan rasuah, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd

Sidek Hassan hari ini. “Kita akan memberi satu isyarat bahawa kita mempunyai integriti yang tinggi,” katanya di majlis perasmian kempen itu yang melibatkan agensi penguatkuasaan utama seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia,
Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Antara yang hadir di majlis itu adalah Pengerusi Lembaga Penasihat
Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tun Abdul Hamid Mohamad; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. - Bernama

Kami kata:-Murni sungguh hasrat dan niat dari KSU kita ni.Kami sokong apa sahaja yang benar dan hak.Tetapi adakah KSU sudah lupa,yang mana rasuah bukan setakat berhenti di golongan kakitangan awam sahaja?mereka-kereka inilah yang selalu digelar IKAN BILIS di mata orang ramai.Bagaimana pula dengan JERUNG, PAUS BIRU,JERUNG TUKUL,JERUNG HARIMAU,KILLER WHALE yang terus wujud dan SIHAT dikalangan orang ATASAN?Adakah mereka-mereka ini tidak termasuk dalam kempen dan tidak dikenakan tindakan?Kalau dengar cerita dari kengkawan,masih banyak lagi perkara ini BERLAKU dan BERULANG hatta di JERANTUT ini sendiri.Ada juga YB(Yang Boroi) terpaksa diselamatkan oleh negeri dari MUFLIS bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan.Ada juga Yang Boroi(YB) lain yang cuba mengalih jalan ketempat yang banyak balak sebelum projek berjalan(kalau ikut kata pembaca lah!)Ada juga syarikat Yang Boroi ini dapat projek(PASTI MENGGUNAKAN KABEL BESSSAAARRR PUNYA!!!!!) dan mengaut keuntungan.Tatkala pemilihan pula,punya nak tolong orang sampai tahap BUAT JALAN TAR SAMPAI DEPAN TANGGA RUMAH.Tidakkah ini semua berkait dengan rasuah?Jangan tengok hanya pada yang KECIL,tengok sekalilah PADA YANG BESAR,YANG BOROI(YB)!

4 comments:

SPU said...

Salam dan tahniah bro kerana dh rajin menulis. Tpi tk kan tk boleh letakkan blog SPU dalam pautan di blog N9 ini? Hehehe

one one no belen said...

Salam. Kalau nak ambik tindakan terhadap para perasuh nescaya tidak akan cukup penjara dan lockup di seluruh negara untuk meletakkan segala perasuh didalamnya.Tapi mmg menghairankan kenapa ikan bilis aje yg di ambil tindakan? adakah jerung jerung yg besar besar di atas sana above the law?.

N9 TAHAN said...

Salam kembali MENYEGAR.Itu saya tak berapa pandai nak komen.Mungkin mereka NOT ABOVE THE LAW.Tetapi mungkin THEY ARE THE LAWS!

sri tribuana said...

Salam bro, nak tumpang sekaki, boleh sedara letak sri tri buana dlm pautan sedara?