Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, April 27, 2010

Cerita memang senang!

Cadang Kerajaan Negeri tubuh badan khas

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye dalam sidang dewan undangan negeri semalam, mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan Badan Pengurusan Hasil Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) untuk menguruskan hasil penjualan air mentah.

Cadangan itu diwujudkan berikutan sebelum ini, rakyat negeri ini menghadapi banyak masalah bekalan air yang dirawat.

Katanya, paip sepanjang lebih 12,000 kilometer membabitkan lebih 80 loji air usang tidak dapat menyalurkan air yang dirawat dengan berkesan.

“Badan ini boleh menggunakan hasil membangunkan perindustrian air di negeri ini ke arah sebuah negeri pembekal atau penjual air mentah atau air dirawat ke negeri yang memerlukan termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura,” katanya pada sesi Perbahasan Usul Sidang Dewan Undangan Negeri, semalam.

Beliau berkata, air mentah dan air dirawat boleh menjadi sumber utama negeri hasil aliran sungai utama.

“Mengikut kajian, sungai di Pahang mengalirkan 12.661 juta meter padu air yang boleh digunakan sebagai sumber utama negeri,” katanya.

Kami kata:-Bukan lah nak kata membantu negeri lain dalam Malaysia ni tak bagus.Tapi orang-orang atasan kena lah pikir juga pasal orang di negeri sendiri. Menurut rakan-rakan yang menetap di FELDA KG AWAH,masalah air hingga sekarang masih belum diselesaikan.Masih lagi ada penduduk yang tidak cukup bekalan air dirumah masing-masing.ini duk sibuk nak buat duit hantar ke tempat orang.Nak-nak pulak Singapura.Cukup-cukuplah Johor sahaja yang menanggung beban bekal air pada republik tu.Di sini pun menurut maklumat yang diperolehi,masih ada lagi penduduk yang masih belum mendapat bekalan air bersih di rumah masing-masing.Tak percaya,pergi berjalan ke rumah di belakang KG MELAYU sana tu!Cuba check betul-betul.Merdeka dah berapa lama,masih lagi belum selesai ke?Jangan jadi KERA dihutan disusukan,ANAK di rumah mati tak makan!

1 comment:

Mohd Asrie said...

Tahniah...MTD N9 DUN TAHAN...Teruskan perjuangan.....Saya memang asal Kuala Tembeling, Pasir Sia, Labu Felda Sg Retang...Facebook saya Pemuda Pewaris Malaya.