Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, January 30, 2010

GTP tentu hala tuju negara: Dr Mahathir





Perlu bukti keberkesananan untuk raih sokongan

PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) akan menjadi kekuatan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan hala tuju negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, matlamat yang disasarkan kerajaan dalam pelaksanaan GTP perlu dibuktikan keberkesanannya terlebih dulu, jika Perdana Menteri berhasrat mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

"Saya percaya GTP satu pendekatan baru yang cukup inovatif dengan memberi tumpuan kepada enam bidang utama dan ia pasti menarik perhatian rakyat untuk lebih tahu," katanya pada sidang media selepas memberi ucapan pada Majlis Bicara Perdana di sini, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata GTP akan menjadi kekuatan kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat mereka akan sentiasa diberi perhatian.

"Keyakinan rakyat datang daripada kejayaan demi kejayaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata sokongan kepada GTP bukan hanya harus datang daripada kakitangan kerajaan yang melaksanakan program ini tetapi juga daripada rakyat.

Kami kata:-GTP ni nampaknya adalah lebih untuk meraih kembali rakyat terbanyak yang telah menukar pilihan kepada parti lain selain BN dalam PRU12 hari tu.Jadi selama sejak merdeka dulu,tiadakah niat dalam hati pemerintah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat terbanyak ni?Takkan dah hampir terterap baru nak berubah.Jadi selama ni apa yang diperjuangkan oleh BN atau UMNO?Untuk selesa perut saja ke?Rakyat memang patut sentiasa diberi perhatian.Sebab rakyat telah menyokong kerajaan dan berkorban utk negara.Tapi kenapa baru sekarang kerajaan nak sedar.Selepas berbagai perkara dan ketidakadilan berlaku.Adakah mereka merasakan mereka akan ditukar?Moga perubahan yang dirancangkan ini menjadi kenyataan!Jangan kita lupa,RAKYAT ADALAH RAJA PEMIMPIN!

GTP kurangkan jenayah



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneliti perancangan pengangkutan sambil diperhatikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pada pelancaran Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju, di Kuala Lumpur, semalam.

Program wujudkan persekitaran selamat: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin pelbagai langkah kerajaan bagi mengurangkan jenayah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dapat mewujudkan persekitaran selamat demi kesejahteraan hidup rakyat.

Beliau berkata, sama ada orang ramai akan berasakan diri mereka selamat bergantung kepada pelaksanaan pelbagai langkah yang sudah ditetapkan dalam GTP.

"Ia sebenarnya satu isu mengenai keutamaan apa yang kita boleh buat. Jika kita memberi fokus kepada keutamaan ditetapkan itu, saya yakin kita boleh mencapai sasaran ditetapkan," katanya yang dipertanggungjawabkan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membanteras jenayah.

Hishammuddin berkata, pelaksanaan langkah ditetapkan GTP terbukti berkesan apabila kadar jenayah jalanan menurun menerusi tindakan kerajaan menambah 4,000 anggota polis bagi meningkatkan kawalan di kawasan dikenal pasti berlaku kadar jenayah tinggi.

"Daripada langkah sudah dilaksanakan itu, kita sudah nampak keberhasilan apabila peratus kadar jenayah jalanan menurun 6.7 peratus pada suku keempat 2009 berbanding suku kedua 2009 ketika GTP baru saja bermula," katanya.

"Rakyat sendiri yang akan menilai sejauh mana KPI mampu dicapai untuk mewujudkan kerajaan yang telus dalam setiap perkara yang dirancang dan dilakukan," katanya.

Kami kata:-Pelbagai langkah tu macam2 je bunyinya.Pada kami,langkah yang pertama perlu diambil adalah mengurangkan bebanan pihak Polis dari menjaga ceramah2 yg dibuat oleh PAS atau org lain.Tumpukan pada tugas membanteras jenayah.Bukan tak boleh ada polis,tapi agak-agaklah.Ini dekat sama ramai polis dengan orang dtg dengar ceramah.Lepas tu pulak cuba bayangkan.Anggota polis yang berpangkat Kopral ke bawah boleh pakai Toyota WISH!Banyak benor duit deme ni?Ada sorang tu baru berapa tahun keje,boleh pakai kereta yang harganya lebih RM125,000!Mana dia dapat duit banyak tu?Masuk kampung,Indonesia ada permit pun lari!Sebab apa agaknya?Pikir sendiri la.berkesan ke tidak,kita sama2 tgk nanti!

Perbaiki kehidupan semua rakyat



NAJIB bersama Muhyiddin serta dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta ahli Kabinet lain selepas pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.

Pelaksanaan GTP komitmen kerajaan tingkat sistem penyampaian khidmat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat semua peringkat terbabit dalam pelaksanaan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk memperbaiki kehidupan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau Wilayah bagi mencapai gagasan 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelancaran GTP melambangkan komitmen kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bagi melaksanakan transformasi selepas sesi percambahan minda di enam makmal membabitkan bidang utama seperti jenayah, rasuah, pendidikan, isi rumah berpendapatan rendah, infrastruktur asas luar bandar dan pengangkutan awam bandar.

"Peristiwa bersejarah ini penting bagi negara dan rakyat seharusnya menyertainya kerana apa yang rakyat mahu kerajaan beri perhatian dan tumpuan untuk mengatasi masalah mereka ada di dalamnya.

"Yang penting, selain komitmen kerajaan, kita mahu rakyat rasa ini sebahagian daripada milik mereka. Bukan saja terletak kepada kerajaan, malah perlu ada perasaan milik bersama untuk memastikan kejayaannya," katanya.

Beliau berkata, kewujudan makmal dan buku yang dilancarkan semalam juga menunjukkan komitmen kerajaan dan sistem khusus dirangka untuk memantau perkembangan GTP dari semasa ke semasa bagi mencapai tahap negara maju.

"Untuk mencapai matlamat itu, perubahan radikal sebegini tidak boleh dielakkan. Oleh itu, rakyat perlu sama terbabit kerana ia untuk kepentingan bersama," katanya.


MENTERI Kabinet dan tetamu kenamaan yang hadir pada pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.

Kami kata:-undang2 yang dilaksanakan sejak lepas merdeka pun berasa payah nak settle masalah jenayah yang semakin meningkat.Mungkin Bapak Muhyiddin kita ni ada penyelesaiannya.Isi rumah pendapatan rendah tu pun satu.kalau ada ISI!Kalau takda?Rakyat terbeban dengan berbagai masalah termasuk pendapatan yang tidak mencukupi.Kalau dulu RM1ooo sebulan dah kira kaya.Sekarang?RM2500 pun senak lagi!Sebab apa agaknya?Sebab SEMUA BARANG DAH JADI"KENAIKAN TIDAK DAPAT DIELAKKAN!"Sebab tu lah jadi macam tu.Minyak naik,rakyat kena naik motor atau kereta gi kerja.Takkan nak isi kurang seliter sebab minyak naik?Belanja meningkat,takkan orang nak makan nasi seminggu sekali?belanja persekolahan naik,takkan nak ajak anak masuk hutan cari hasil hutan?Tapi ini semua bawah bidang kuasa sapa?Rakyat ke selama ni?

Tuesday, January 26, 2010

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

SKMM akan siasat penulis 'blog' hina Raja Melayu


BANGI - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan rapi terhadap seorang penulis 'blog' yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau yang memandang serius perkara itu berkata, beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

“Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Kita mahu rakyat menghargai mereka yang memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas Ketua Negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Rais berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis 'blog', dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Rais berharap masyarakat tidak akan meneruskan budaya yang tidak bertamadun itu yang bertentangan dengan cara hidup dan undang-undang di negara ini.

“Kita ada banyak hal yang perlu dilakukan, apalah untungnya mengeji seseorang yang baru sahaja meninggal dunia.

“Sejarah banyak meninggalkan kesan, negara Rom juga banyak meninggalkan sejarah pahit dan hitam. Mereka (rakyat) tidak mencela dan menjadikan itu sebagai bahan perbandingan.

“Jadi, saya harap walau macam mana cerdik pun, gunakan kecerdikan itu untuk membina masyarakat Malaysia,” katanya. Bernama

P/S :-AmbOOOOOOiiii!Sedap juga pengampu sorang ni bercakap.Macam tak sedar kawan-kawan dia pun sama.Dalam Buletin Utama TV3 tadi siap suruh mintak maaf lagi tu!Betul2 pengampu!Penjilat BN!


1.Tahun 1993,UMNO dan barua-baruanya di negeri Kelantan telah dengan gigih menabalkan SULTAN Kelantan yang baru menggantikan SULTAN yang telah ada.Padahal SULTAN yang sedia ada belum pun mangkat atau disemadikan!Adakah mereka-mereka ini dijatuhkan hukuman yang berat?Adakah mereka2 ini meminta maaf pada SULTAN Kelantan?Siapa mereka?Sila semak semula sejarah!Adakah orang2 ini dari pihak pembangkang?


2.Sesudah pilihanraya umum ke 12 tahun 2008,terdapat kemelut dalam perlantikan MB Terengganu.Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.Tetapi perlantikan ini mendapat tentangan dari segolongan KAUM UMNO negeri. Keputusan lantikan telah dipersetujui oleh YDP AGONG,Tuanku Sultan Mizan.Tetapi masih ada orang membantah dengan ayat 'KAMI NAK DERIS,NATANG!'Baginda masih lagi YDP Agong BUKAN BEKAS YDP Agong.Kenapa tindakan tidak diambil?Sembah derhaka dia bising,tapi DERHAKA betul tak bunyi pulak?

dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

Lawak ganti SENARIO?

Najib anggap 2010 penting


AHMAD bertanyakan sesuatu kepada Najib ketika program Soal Jawab TV3, malam tadi.

Kerajaan bertindak pantas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meletakkan 2010 sebagai tahun untuk kerajaan dan kakitangannya bertindak pantas dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab terhadap rakyat, tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan.

Sambil menganggapnya penting, Perdana Menteri berkata, kepantasan dalam melaksanakan sesuatu tugasan boleh menjadi kayu pengukur daya saing negara yang penilaiannya akan dibuat melalui Laporan Bank Dunia dan Indeks Daya Saing.

"Jika kedudukan kita tercorot, tentunya keyakinan terhadap kita akan dinilai semula. Apa yang penting adalah mengutamakan sistem penyampaian untuk memenuhi harapan rakyat.

"Tak payah lobi jika nak jadi wakil rakyat, jika buat kerja dan pengundi senang hati tentu ada peluang, tetapi jika abaikan tanggungjawab dan tidak turun padang, sudah nak jumpa, tentu sekali ia memberi isyarat bahawa wakil rakyat itu tidak disukai dan dia tidak akan dipilih untuk mewakili parti.


Menyentuh isu politik, khususnya parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib berharap semua parti mengikut langkah Umno melakukan pembaharuan, termasuk pindaan perlembagaan.

"Kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, kebakaran gereja dan surau sebagai antara kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.

"Kejadian ini menyedihkan saya, ia tidak sepatutnya berlaku di negara yang maju, bertamadun dan dianggap sebagai role model, sewajarnya jadi sempadan dan tidak wajar diulangi," katanya.


P/S :-Dia sedar ke apa yang dikata?Adakah ini KATA YANG AKAN DIKOTA? Hahahahahahahahahahahahahahahahah