Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, November 15, 2011

Senang je jawapan yang diberi....................

Keputusan Jemaah Menteri


LING Liong Sik bersama isterinya, Ena Ling di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan pembelian tanah milik Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri dan bukannya keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau dan majoriti Menteri Kabinet telah merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana tanah tersebut sebenarnya boleh diperoleh dengan harga yang murah.
Namun menurut Mohamed Nazri yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan, ia dijual dengan harga RM25 sekaki persegi (skp).

Katanya, perkara itu hanya dibangkitkan selepas 6 November 2002 namun Jemaah Menteri tidak membantah bagi membatalkan keputusan pembelian tanah milik KDSB.

Semasa keputusan itu dibuat, katanya, ada suara-suara yang tidak bersetuju namun tiada sebarang catatan dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini pada perbicaraan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik yang didakwa atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia.
(Sumber dari UTUSAN)


KK:Setelah agak lama kes ini SENYAP dan tidak diketahui buah butirnya,akhirnya ianya berbunyi kembali.Sebab apa?Sebab sekarang ianya telah mula memanggil beberapa orang BESAR dan BERKUASA untuk hadir sebagai saksi dan bermacam lagi.


Dan dalam perbicaraan ini setakat ini,ada perkara yang yang saya rasa agak pelik boleh diketahui.Antara nya adalah ayat yang saya telah warnakan dengan warna MERAH di atas.


Kalau dah rasa ada benda yang yang tak kena atau tak betul,kenapa tak buat siasatan terlebi dahulu sebelum membuat keputusan?Adakah Jemaah Menteri pada asa itu sangat TIDAK BIJAK dalam membuat keputusan?


Dan menurut cerita diatas juga,tiada sebarang catatan dibuat berkenaan perkara itu dalam mesyuarat ini.Apa yang sebenarnya berlaku?Adakah Bapak Menteri ini mengambil mudah atas segala perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan dalam berbagai PROJEK seperti ini?


Dan adakah kes ini akan jadi seperti KES Khasitah Ghadam sejurus sebelum PRU 2004 dahulu?Adakah ianya cuma permainan UMNO dan BN sahaja?


Nampaknya Melayu akan terus LUPA!!!!!!

No comments: