Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, November 17, 2011

Mari kita baca dan fikir........(2)


 Ahmad menyuakan kepada penulis petikan tujuh amanat Presiden UMNO itu berkisar PRU ke-13 pada ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahun lepas. Ia adalah:

1) Utamakan maruah parti, bukan kepentingan diri.
2) Pentingkan semangat berpasukan, bukan kumpulan sendiri.
3) Tawan hati, pemikiran dan keyakinan rakyat.
4) Kuasai teknologi siber dan alam maya.
5) Daftarkan 4 juta pengundi baru dan dekati mereka.
6) Selesaikan masalah dalaman, jadilah parti sifar masalah.
7) Dahulukan rakyat dalam setiap tindakan.

Menurut Ahmad, ini bererti tujuh amanat ini dijangka dibangkitkan sekali lagi oleh presiden parti. Dengan cogan kata UMNO dahulukan rakyat manakala BN pula rakyat didahulukan - dengan rakyat menjadi tumpuannya - maka selama dua tahun bermula Januari 2010, program Juara Rakyat telah pun digerakkan biro penerangan parti setiap bulan di setiap bahagian.

"Kita berada di barisan hadapan dalam segala perkara tentang rakyat, kita dengar denyut nadi rakyat, misalnya lebih 2,000 program telah dilaksanakan pada 2010, demikian juga tahun ini," katanya.

(Lanjut di sini)

KK:Kata mereka,mereka ingin mendahulukan rakyat dalam hampir segala segi.Tidak boleh mendahulukan kepentingan diri kata mereka.

Tapi apa yang sebenarnya berlaku?Adakah apa yang mereka canangkan ini realiti dalam pergerakan mereka sekarang?

Ada dakwaan bahawa orang ini dapat tanah BERATUS EKAR.Orang itu dapat tanah LOMBONG BIJIH BESI sekian banyak dan yang paling best ada juga orang BESAR mereka sudah mula belajar MENTERNAK LEMBU.

Jadi benarkah apa yang mereka katakan selama ini?Inikah antara BUKTI perjuangan MEREKA terhadap ORANG MELAYU dan masyarakat Malaysia?

Cuba ambik masa dan berfikir sejenak............

No comments: