Ketika saya melayari Internet,saya ada terbaca tentang kenyataan Datuk Ahmad Maslan tentang Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.Antaranya petikan yang saya ambil adala seperti di bawah......
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang ditemu bual penulis memberitahu: "Ini perhimpunan agung terbesar bangsa Melayu di Malaysia tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Sebab UMNO merupakan parti Melayu terbesar, jadi perhimpunan ini adalah perhimpunan seluruh bangsa Melayu.
"Oleh itu, kita (perwakilan) kena fikirkan agenda Melayu dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum. Apakah agenda Melayu dalam konteks gagasan 1Malaysia.
"Saya berpandangan agenda Melayu dan gagasan 1Malaysia bukanlah berlawanan. Ada beranggapan semacam gagasan ini mengetepikan agenda Melayu. Ia tidak begitu.
"Sebabnya, apabila Melayu, Cina dan India serta etnik-etnik lain mengutamakan perpaduan yang tinggi iaitu konsep bukan hanya toleransi, tetapi meraikan kepelbagaian sebagai suatu kekuatan, ia akhirnya menjadi satu manifestasi atau pun hasil yang akan menguntungkan semua bangsa," kata Ahmad kepada Utusan Malaysia.
(Lanjut di sini)
KK:Kalau dilihat kepada apa yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Maslan ini,nyatalah yang UMNO adalah antara mereka yang berbangga dan terus kuat dalam mempertahankan bangsa Melayu.(kalau ikut kata merekalah!)
Tapi saya nak bawa pemikiran yang begini ke Parlimen atau kawasan yang saya cintai ini.Itu lah dia P81 atau Parlimen Jerantut.Mari kita sama-sama lihat.
Kalau kita bergerak ke arah bandar Jerantut itu sendiri,saya selalu bertanya.Di mana sebenarnya KEKUASAAN atau KEKAYAAN orang Melayu di Jerantut?Banyak kawasan perumahan di sekitar Jerantut memang diduduki oleh orang MELAYU.
Tapi agak-agaknya lah,siapa TOKEY dan PENGUSAHA yang mendapat keuntungan dari pembinaan Taman-taman Perumahan ini?Berapa ramai yang MELAYU?
Berapa banyak lot kedai dalam kawasan Industri atau kawasan Bandar Jerantut itu sendiri hak milik orang Melayu?
Kenapa jadi begini?Adakah ADUN dan AHLI Parlimen di Jerantut ini semuanya Orang BUKAN MELAYU?Dah berapa lama ORANG BUKAN MELAYU yang jadi PEMBESAR di Jerantut?
Jadi siapa yang boleh di nobatkan sebagai pejuang ORANG MELAYU?
UMNO?????????
No comments:
Post a Comment