Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, October 5, 2011

Muhyiddin akui Malaysia pernah dijajah



   
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat hari ini mengakui Malaysia pernah dijajah.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan pendirian tersebut sekaligus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.


"Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya.


"Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah.


"Kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya.


"Penasihat British pada waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja, dalam konteks ini nasihat yang diberi harus diikut.


"Ia tidak bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat," jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran ketika menjawab soalan tambahan oleh ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


(Baca lanjut di sini

Kalau ikut anak lelaki Pakcik Keling hari tu,Tanah Melayu tidak pernah dijajah.Kita cuma berada di bawah naungan British untuk satu jangka masa yang agak panjang.Tapi bukan DIJAJAH!

Sekarang ni TPM pulak kata yang kita ni memang pernah dijajah. Dan kita  menyambut merdeka tiap tahun tu ada sebabnya.

Jadi kenapa pulak Prof yg seorang itu tidak mengaku kita pernah dijajah?Apakah sebab dia berbuat begitu?Adakah dia ni lebih Pandai dari Prof yg lain?Atau mungkin dia ni juga lebih pandai dari TPM?

Jadi saya rasa eloklah dia je yang ganti jadi TPM kat Malaysia ni.Dia kan lebih pandai?

Tapi kalau orang pandai macam Prof ni pun nak menipu,apa guna dia jadi rujukan masyarakat?Dia dibayar gaji atau elaun tinggi2 tu untuk menipu dan memutar belit fakta ke?

Siapa yang suruh?Pecat je lah! 

No comments: