Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, October 20, 2010

Tertipu lagikah??????


Salam pertemuan kembali pada sahabat2 dan para pembaca(mcm ramai sangat nak baca!ikut lah mana patut!)Sudah lama saya tidak menulis.Maaf,saya TERSANGKUT dalam kesibukan urusan PERIBADI.(Yang pasti bukan mencuri tanah!) Malam ini saya membaca tulisan dan luahan rakan-rakan bloggers(khususnya dari Jerantut). Rupa-rupanya ramai yang mengeluh BAB Pembahagian Tanah FELCRA di belah Tembeling ni. Di bawah ini saya CnP dari Blog Urag Drrulug:-


Cu-Cu Atok.

Salam UD dan semuanya. Terima kasih UD kerana memberi perhatian kepada masalah yang akuq utarakan. Ni lagi berita panas dan terbaru tentang Isu pemberian Saham Felcra Merting. Cerita benar bukan tipu-tipu.Hari ini sepatutnya YB Dun Tahan hadir ke SK Merting utk merasmikan Sukan Tahunan.Dia Tork datang.Dia hantar pegawai khasnya saja (Wan Anuar Hakim).

Urang kampung nork sangat dia datang tapi tia tork datang... puaslah tok penguhulu pencen menjawabnya.Baik dari golongan tua mahu pun golongan muda.Dalam ucapanya tok penghulu pencen ni berjanjilah akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalan ini.(janji urag pulitik).Tok penghulu beceritalah lagi bahawa banyak lagi bahawa dalam masa terdekat ni ada lagi pengambilan peserta felcra akan dibuat. Contohnya 50 lot Felcra Tembeling Tengah,Felcra Kg. Sepial dan Felcra Kuala Tembeling.Kalau gitu kenapa urang belah Kuala Tembeling diberi saham Felcra Merting?

Tapi... yang sedapnya jawapan YB berdasarkan SMS yang dihantar oleh individu tertentu.... Jawapannya...


1. kalau yang dapat surat tawaran kira dapatlah kalau tork ada tork dapatla...(Mudah amat... jawabnya)


2. Senarai nama yang dikeluarkan adalah senarai nama 2008 sebelum dia jadi YB lagi...senarai tu Tok penghulu yang buat(Penghulu Zul) itu sebab 3 sepupu penghulu Zul dapat.


3.Pengakuan Penghulu Zul pula bercangah dengan jawapan yang diberikan YB.(masing-masing menyalahkan antar satu sama lain)Urang kampung tork budo.... di antara YB dengan penghulu siapa yang lebih berkuasa? atau memang ada konspirasi antara dua makhluk ni?....


Utk Renungan YB dan WZWH - Bila Wan Amizan jadi calon YB Dun Tahan, Orang kampung beri sokongan sepenuh hati.Mengharapkan isu saham felcra akan selesai... tapi harapan tinggal harapan.... Memetik kata-kata salah seorang AJK UMNO KG. Merting. "Sapa-sapa Calon YB Dun Tahan ni, peti undi KG Merting tork pernoh kalah.Bodohnya kita...... Malangnya penduduk Dun Tahan mendapat YB sebegini......

Dari komen yang ditulis dia atas,nyatalah bahawa Orang2 Besar di Dun Tahan ini memang telah gagal dalam memperjuangkan nasib orang bawahan,termasuk orang kampung dan juga orang yang tidak BERKAMPUNG. Bagaimana lagi perbuatan yang harus di lakukan untuk menyedarkan bahawa mereka2 ini tidak lagi berjuang untuk orang tempatan?Adakah sehingga semua orang bakal MENYEWA di tanah yang dimiliki oleh ORANG2 BESAR ini barulah kita akan sedar?


Mereka ini bukan lagi pejuang seperti Tun Razak yang mewujudkan Tanah FELDA untuk orang Melayu/Islam.
Mereka ini bukan lagi seperti orang-orang lama yang hanya ada harta sedikit dan melebihkan hak orang2 yang lebih susah.Saya percaya bahawa mereka-mereka ini punya harta yang melimpah ruah,dan tidak sedikit pun harta itu melimpah pada orang lain.Dan hasilnya,perut mereka akan terus MEMBESAR dan orang bawahan pula akan terus mengecil. ADILKAH ITU WAHAI PENDUDUK JERANTUT???????

2 comments:

sembang kedai kopi said...

Salam.Mungki sudah sampai masanya untuk kita membuat undi protes sekali lagi seperti di PRU 12 dulu.Kalau pemimpin UMNO yang menang pun kita masih macam ni jugak tidak ada pun pembelaan dari mereka.Apa salahnya mengundi pembangkang pulak?

chenerong ular said...

Salam,mungkin betul juga,tapi jangan tukar separuh kena tukar semua,jika sebahagian kecil saja yang di beri protes,mereka2 maseh memerintah,jika di tukar baru,setidak tidaknya untuk melakukan perkara yang tak betul,seperti mendapatkan tanah,tender2,mengaut keuntungan memerlu kan masa yang lama sikit,UNTUK TUJUAN SUALKENAL DULU DENGAN PEHAK YANG BERKUASA LAIN UNTUK BERPAKAT MELAKSANAKAN PERKARA YANG TAK BETUL SEPERTI YANG DI LAKUKAN OLEH PEMIMPIN SEKARANG.KITA TIADA YANG RUGI,TIDAK MEMINTA DAN MENGHARAPKAN APA2 DARI SESAIPA YANG MENANG.WALAU PUN KITA TAHU YANG AKAN MENANG INI PUN KESUDAHANNYA AKAN MENJADI SAMA JUGA DENGAN PEMIMPIN YANG LALU.