Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, October 7, 2010

Menteri Besar terbaik???????????

MB terharu keputusan Mahkamah Rayuan kekal

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob terharu dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung tuntutan ganti rugi hampir RM70 juta daripada Kerajaan Negeri Pahang berkenaan perlanggaran perjanjian konsesi pembalakan.

Adnan berkata, isu itu masih belum selesai dan menyerahkan kepada pasukan peguam kedua-dua pihak menjalankan tugas serta ditentukan oleh mahkamah.

“Saya berasa terharu dengan keputusan itu dan saya bersyukur kepada Allah dengan apa sahaja yang ditakdirkan-Nya.

“Isu sepatutnya tidak selesai di sini. Biarlah pasukan peguam kedua-dua pihak menjalankan kerja mereka dan biarlah mahkamah kita yang adil melaksanakan keadilan dengan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di mana Adnan kini berada di Damascus, Syria.

Berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan itu kelmarin, panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff memutuskan keputusan itu setelah berpuas hati bahawa syarikat itu gagal melepasi syarat rayuan bagi membolehkan ia didengar.

Manakala keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Menteri Besar Pahang tidak perlu membayar ganti rugi hampir RM70 juta kepada syarikat itu kekal.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pahang masih perlu membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000 seperti mana yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2007.

(Cerita lanjut dalam Sinar Harian)

Kami kata:-Kes ini telah berjalan agak lama dan telah memberi banyak makna dan cerita kepada rakyat Malaysia Amnya dan rakyat Pahang khasnya.

Sebelum ini hukuman untuk MB dan kerajaan negeri membayar ganti rugi kepada Syarikat yang terbabit telah dikeluarkan.Dan akhirnya mahkamah rayuan pula mengarahkan yang MB tidak perlu membuat pembayaran kepada syarikat tersebut.

Pada kami,sebarang keputusan yang melibatkan kerajaan negeri atau mana-mana kerajaan adalah perlu ditanggung oleh pihak pentadbiran negeri.Ini termasuklah MB,EXCO dan Ahli yang lain.

Sedangkan dalam KES ini,CUMA kerajaan negeri yang perlu membayar kepada Syarikat tersebut sedangkan MB hanya berdiam diri.Sedangkan pada fahaman kami,sebarang keputusan KERAJAAN NEGERI adalah HASIL PERBINCANGAN MB dan AHLI EXCO yang lain.Kenapa hanya KERAJAAN NEGERI yang perlu membayar,sedangkan MEREKA-MEREKA yang mebuat keputusan tidak dikenakan tindakan?

Jadi kekallah negeri Pahang ini di bawah kuasa mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya pandai melepas tangan apabila ditangkap melakukan SALAH KUASA!betapa beruntungnya rakyat PAHANG!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

chenerong ular said...

salam,beruntug lah dia dan mereka2 yang terlepas dari hukum duniawi,tapi tunggu lah hukuman yang akan ditemua di padang mahsar dan selepas mati nanti,didunia peguam2 pandai ramai,tapi di sana angota badan akan menjadi peguam ALLAH S.W.T. Kuasa serta wang ringgit dapat membeli semuanya didunia ini apabila kebanyakan dari sistem dan penguat kuasa undang boleh di bayar dengan RM. Maaf cakap lah,jika nafsu untuk mendapatkan RM melebihi dari keimanan yang ada pada kita yang mempunyai kuasa perkara berikut akan terjadi 1. perojek silang yang di perkenalkan sia[a yang mendapat untung dan laba yang amat besar ?,pembuat dasar silang dan pemaju. 2.kemasukan pendatang tanpa izin di pintu masuk sah ke negara ini,macammana boleh lolos begitu saja,bukan sedikit orang malahan beberapa ferri sehari bayang kan.kesalamatan negara terancam tak pernah di fikirkan oleh mereka. 3.kehilangan barang kes syabu melebihi 40kg macamana terlepas,bukan sebesar kotak mancis ? 3.enjin pesawat pejuang hilang bukan kecik2 dan rengan punya barang. 4.siapa pelaku semua ini,bangsa apa mereka ini dan kenapa mereka2 ini melakukan?,jawapan nya kalau silap tolong betulkan atau jika kurang tolong tambahkan,90 % yang mempunyai kuasa di malaysia ini ada lah kaum MELAYU, fikir2 kan lah,maaf cakap lah melayu ini mudah sangat di beli oleh bangsa ASING. JIKA KITA ADA JIWA DAN SEMANGAT MELAYU,LAKUKAN APA YANG KITA CAKAPKAN DAN IKRAR KAN.DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA,SEMUA INI TIDAK AKAN TERJADI..... WASALLAAM