Hit Counter
Wednesday, October 6, 2010
Perkasakan bahasa kebangsaan
IPOH 5 Okt. - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memainkan peranan dalam membantu kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam dengan menguatkuasakan Undang- Undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan.
Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika PBT menguatkuasakan undang-undang itu yang mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, dipercayai tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.(berita lanjut baca SINI)
Kami kata:-Sebenarnya kalau dilihat dalam berita ini,banyak yang boleh di nilai oleh rakyat terbanyak.Kerajaan sekarang cuba untuk MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN.Ini boleh dinilai sebagai satu langkah yang cukup NASIONALIS dan KENTAL untuk memajukan bahasa Melayu itu sendiri. Bukanlah kami ingin menafikan usaha yang dijalankan oleh pihak ini dalam memajukan bahasa melayu.
Tetapi masihkah anda ingat tentang DASAR PPSMI atau Matematik dan Sains dalam BAHASA INGGERIS tidak lama dulu?Kami tidak menentang kepentingan MEMPELAJARI BAHASA ASING sebagai bahasa tambahan.Tetapi kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan BN telah banyak melakukan kesilapan.
Semasa ianya dibentang untuk dilaksanakan,MAJORITI MP dari BN bersetuju(terutama dari UMNO!) supaya ianya dijalankan.Sebahagian lagi dari BN menentang(kebanyakan dari MCA).Begitu juga Parti DAP.Ramai Ahli MP mereka menentang dasar ini(kebanyakannya Cina). tapi lain bagi MP UMNO yang terus menyokong dasar yang dibawa oleh Tun Mahathir tersebut.
Dalam menentang dasar ini(dan dalam diam),orang2 Cina terus mengeluarkan BUKU-BUKU rujukan dan bacaan dalam Bahasa Inggeris.Walaupun mereka menentang,mereka tetap mengaut keuntungan.Orang Melayu?Terus menentang dengan hiruk-pikuk yang BIASA dilakukan seperti DAHULUKALA!Siapa yang untung agaknya?????
Dan sekarang,dasar itu telah ditukar.Setelah BERPULUH BILLION belanja dihabiskan,ianya diberhentikan atas dasar tidak memberi IMPAK BESAR kepada para pelajar.Dan kini siapa yang rugi????Orang Cina?India?Atau Melayu?Dan ramai TOKEY2 BESAR dalam bidang ICT mengaut keuntungan.Orang Melayu,Islam?Tetap sama macam itu juga!
Dan akhirnya BN telah berjaya membelanjakan WANG YANG CUKUP BESAR dalam merencanakan dan memperhalusi hal ini.Siapa yang untung?RAKYAT TERBANYAK?Mungkin tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Atau mungkin juga mereka2 yang mendabik DADA yang MEREKA ITULAH Pejuang Agama,Bangsa dan Tanah Air!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment