Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, October 26, 2010

Peneroka Padang Piol rasa tertipu!!!!!!!!!!!







Assalamulaikum.

Dan salam satu Malaysia,hahahahahahhaha.Apa punya kata sapaan!

Dah lama saya berehat.Bukan apa,semenjak 2,3 minggu kebelakangan ni demam sedang berkuasa dan saya sebagai hamba tuhan yang lemah hanya menerima ujian yang tidak seberapa ini.Maaf sekali lagi.

Hujung minggu lepas, hari Sabtu 23 hb Oktober saya bersama dengan rakan-rakan berkunjung ke FELDA Padang Piol.Kami terlibat dalam aktiviti bersama pihak setempat.Macam-macam aktiviti yang diadakan pada hari itu.(Macam buat karangan pulak!)

Setelah selesai semua aktiviti,kami bersantai bersama-sama dengan Pakcik,Makcik,Abang dan semua mereka yang terlibat.Salah seorang dari mereka membuka cerita tentang KERJA ADUN Tahan selaku Timb ketua Bahagian dan ketua Pemuda Bahagian.

Sebelum dari ini,beliau telah berjanji akan menyelesaikan Permasalahan Banjir yang berlaku di FELDA Padang Piol.Ini telah beliau ucapkan semasa penyampaian sumbangan bantuan kepada MANGSA banjir tersebut.Tetapi telah lebih 2 bulan,masih belum nampak apa-apa usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Menurut Peneroka yang membuka cerita,Surat yang merujuk kepada ADUAN tentang banjir ini telah pun diserahkan kepada pihak pengurusan FELDA Padang Piol,ADUN TAHAN,Kebajikan Masyarakat dan Pengurus Besar FELDA Kawasan JENGKA.Salinan surat ini juga telah diserahkan kepada YAB menteri Besar Pahang.

Tetapi nampaknya masalah ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Pihak yang berkenaan.Dan menurut kata Peneroka itu lagi"Ini semua hanya RETORIK belaka!"Hah! Peneroka pun dah pandai sekarang guna bahasa retorik-retorik ni!

Tapi itulah luahan hati dari peneroka yang saya temui pada hari tersebut.Yang pastinya,walau apa bahasa yang digunakan sekalipun,mereka berasa amat marah pada janji yang telah ditabur oleh ADUN Tahan.Beliau nampaknya hanya tahu berjanji tanpa cuba melunaskannya!Dan yang pasti juga,Pakcik Peneroka ini bukanlah AHLI PAS kerana saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini semasa PENAMAAN CALON PRU 12 tahun 2008 dengan memakai T-Shirt Barisan Nasional!Itu lah sebabnya saya amat terkejut!

Jadi untuk orang-orang yang berkenaan,sila ambil perhatian.Jangan menang sorak,kampung tergadai!!!!!!!

No comments: