Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, August 12, 2010

Tarik balik senarai hitam



PUTRAJAYA - Kabinet semalam memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula semalam hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli Jemaah Menteri.

"Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina.

“Namun, tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini.

Cho Ha berkata, pada masa yang sama kepada mereka yang disenaraihitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya.

Katanya, selepas 28 Februari 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

“Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekali gus atau secara ansuran.

Kami kata:Kesian kat orang ramai kalau kena macam ni.Tapi silap siapa?Saman mungkin sebab lebih had laju.Tapi kalau Jalan hala ke Temerloh memang banyak.Kalau on the way ke Hospital?Macam mana cerita?Lambat sampai takut apa-apa terjadi.Tapi mana lebih takut?Takut lambat sampai ke,takut kena saman?

Tapi macam biasalah,bukankah RAKYAT DIDAHULUKAN?Rakyat la mesti kena DAHULU.Kami sokong siapa yang selalu langgar UNDANG2 tu disaman.Tapi kalau KECEMASAN tu,mintak la tlg ada perikemanusiaan sikit.Amacam?


Macam mana agaknya kalau orang BESAR kena saman?Atau anggota polis sendiri kena?Berapa ramai yang bayar?Semua ke agaknya?

Tuesday, August 10, 2010

Dia buat lagi........

Telah beberapa tahun PRU12 berlalu di negara kita ini.Macam-macam yang telah kita dengar sebelum dan semasa PRU tersebut berlangsung.Macam-macam janji yang telah ditabur,berbagai sumpah yang kita dah dengar.Dan akhirnya pilihanraya pun berlalu dan pemenang semua telah diketahui.

Mana yang menang pun terus melaksanakan segala janji yang ditabur.Banyaklah jalan baru yang dibina,tar baru yang diturap dan pembangunan lain yang berjalan.Ada juga pusat kegiatan sukan dan Gelanggang Futsal seperti yang terdapat di FELDA Padang Piol.Memang bertuah sekali orang dalam DUN Tahan ni!

Dan banyak juga cerita tentang Yang Boroi telah dapat didengar oleh orang ramai.Ada cerita tambah CAWANGAN(budak abis sekolah),ada cerita tambah HARTANAH,ada cerita handphone berbunyi masa tengah bercakap dan macam-macam lagi la.Itu belum kira lagi cerita pasal Kelulusan Tinggi dari luar negara!Lagi ada macam-macam versi(episode).

Dan yang terbaru,N9 mendapat cerita tentang sebidang tanah yang menjadi tumpuan SESEORANG yang berkuasa.Dengar ceritanya tanah ini terletaksudah hampir di hujung jajahan DUN TAHAN.Ala,tanah yang nak menghala ke Lipis sana!

Keluasan tanah ini adalah lebih kurang 95 ekar.(LUAS TU!)Kawasan tanah ini diberitakan sedang dibersihkan untuk diusahakan oleh orang TERTENTU.Tanah ini dengar ceritanya dimiliki oleh atau atas nama Isteri PEMBESAR ini dan seorang TOKEY Cina dari Mentakab(Bukan nama sebenar!)Ianya adalah mendapat berkenan dari orang yang berpengaruh dan berkuasa di sebelah sana.

Khabar ini adalah dari sumber yang boleh dipercayai,dan sumber itu adalah dari kalangan penduduk dan pengundi DUN TAHAN juga.Jadi kita nantikan,apakah tindakan yang akan diambil.Adakah cerita ini benar atau sebaliknya.Bukan apa,takut nanti ada pulak yang buat report polis,payah juga nak buat siasatan ni!

Monday, August 9, 2010

Ribut Jerantut Hilir,bala atau peringatan???





Beberapa minggu yang lepas,banyak kawasan yang telah dilanda ribut.Dari Tembeling sampai lah ke Bukit Dinding.Tetapi beberapa kawasan cuma mengalami kerosakan yang agak kecil atau minima dalam bahasa standardnya.

Dalam banyak-banyak kawasan itu,ada satu kawasan penempatan di JERANTUT HILIR mengalami kerosakan dan kemusnahan yang agak teruk.Banyak rumah yang telah rosak semasa kejadian ribut tersebut.Pokok kayu jangan ceritalah,BERLAMBAK yang tumbang.

Dan seperti biasa,akan adalah bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian malapetaka ini.Contoh apabila berlaku banjir,bantuan makanan adalah antara paling cepat diperolehi oleh mangsa-mangsa tersebut.Dan dalam kes di JERANTUT HILIR ini,bantuan juga telah disampaikan beberapa minggu yang lalu.

Editor mendapat tahu (dari sumber sebelah sana)bahawa Ahli Parlimen Jerantut,YBM Tg Azlan telah memberikan sumbangan lebih kurang RM4 ribu ringgit(Banyaklah tu!).Terima kasih kepada YBM Ahli Parlimen!Memang jasa beliau sejak akhir-akhir ini nampak JELAS dan TERANG!

Masalahnya adalah,sumbangan yang diberi itu mendatangkan beberapa rungutan dari penduduk setempat.Begini ceritanya.

Banyak rumah yang atapnya terbang akibat angin ribut pada waktu malam itu. Ada yang hilang cuma 2 atau 3 keping.Dan ada pula yang hilang sampai separuh rumah.Masalahnya disini,sumbangan yang diperolehi adalah sama banyak.Bukan lah banyak cuma dalam RM300 atau RM400 sahaja.Kalau hilang 2,3 keping duit tu memang lah cukup.Tapi macam mana kalau hilang separuh rumah?Tak banyak yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu.

Ini bukan pasal nilai sumbangan tu,cuma ketidak adilan dalam pemberian sumbangan dalam pemberian bantuan.Bagaimana peranan dan perancangan mereka yang di AMANAHKAN menyampaikan sumbangan tersebut?ADIL itu bukan saja sama rata,tapi sebenarnya meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Contoh,anak yang belajar di UNIVERSITI sudah tentu belanjanya lebih besar dari anak yang bersekolah di sekolah MENENGAH.Amacam?Silap pandang agaknya?????

Thursday, July 29, 2010

Melayu dan LEMBU...........

Memang benarlah ada beberapa Ketua Cawangan dalam DUN Tahan telah ‘TERPILIH’ menyertai lawatan(UMRAH) ke Tanah Suci dalam bulan ini.Bukan semua dengar ceritanya,Cuma mereka yang benar-benar TERPILIH sahaja yang dapat pergi.Ini dikira sebagai ‘ANUGERAH’ dari SESEORANG YANG BERPENGARUH.Apa-apa pun,tahniah kepada mereka!

Saya teringat satu cerita dari kalangan rakan-rakan saya(tiada kaitan dengan cerita di atas!).Cerita ini adalah tentang 2 orang sahabat yang berkawan sejak kecil.Sahabat melayu ini bernama Azlan(bukan nama sebenar) dan sahabat Cina pulak bernama Ah Chap(juga bukan nama sebenar).Ah Chap ini adalah seorang lelaki yang sangat suka membeli nombor ekor dan berjudi.Sementalah yang agama Ah Chap ini tidak menegah judi.Azlan ini sudah sedia maklum dengan hal judi Ah Chap ini.

Pada suatu hari,Ah Chap telah menang nombor ekor iaitu’1276’.banyak wang yang dimenangi oleh Ah Chap ini.Ah Chap terus teringatkan sahabat lamanya,Si Azlan.Jadi dia berniat untuk ‘belanja’ Lan ini makan setelah dia menang.Ah Chap pun menelefon lah Si Lan dan mereka bertemu di J…… H…… Resort.(pun bukan nama sebenar!)

Apabila sahabat tu pun sampai,Ah Chap pun menyatakan hasratnya untuk belanja Lan ni makan.Lan,seorang yang agak ALIM ini bertanya kepada Ah Chap tentang STATUS wang yang akan digunakan untuk belanja makan itu.Ah Chap pun menjelaskan”Aiya Lan.Lu jangan takut.Ini wang bukan wang saya menang judi punya.Ini wang judi saya letak poket belah kanan.Duit bisnes saya,saya letak dalam poket kiri.Jadi ini wang tadak campur punya”,jelas Ah Chap.mendengar penjelasan itu,Azlan pun makanlah dengan pelahap dan berselera sekali.Tamatlah ceritanya!

Berbalik kita pada Ketua Cawangan yang pergi ke Tanah Suci tadi.Dengar ceritanya,ada antara mereka ini juga adalah Tok 4 di sesebuah penempatan.Kes terbaru yang mana melibatkan Tok 4-Tok 4 ini ialah,ada antara mereka yang telah menyalahgunakan kuasa dalam pembahagian peruntukan.N9 dapat tahu yang DUN Tahan telah mendapat peruntukan LEMBU baru-baru ini.Sepatutnya lembu diagihkan kepada orang yang berhak,tetapi mereka yang berkuasa telah ‘MENYEDEKAHKAN’ lembu-lembu tersebut kepada sahabat handai dan sanak saudara mereka sahaja.Betul ke?

Jadi terbuktilah sekarang orang kuat UMNO dan KERAjaan ini sangat fanatik dengan LEMBU!dulu kecoh dengan MB Selangor sedekah LEMBU di Parlimen Bandar Tun Razak.Lepas tu kecoh usung kepala LEMBU ke Pejabat MB.Sekarang suka-suka hati bagi LEMBU pulak.Jangan perangai jadi macam LEMBU sudah!

Tuesday, July 6, 2010

PM datang ke Jerantut.....

Salam 1 Malaysia(heheheheh!)



Minggu lepas Pemimpin besar UMNO telah turun berjumpa rakyat jelata di Jerantut ni.Tapi kira kali ni BELIAU betul-betul turun sebagai PEMIMPIN,PRESIDEN atau KETUA UMNO sahaja.Sebab apa?Sebab pada pemerhatian saya,tidak ada satu pun LAMBANG atau BENDERA BARISAN NASIONAL atau lambang PARTI KOMPONEN BN yang lain BERKIBAR di sekitar bandar Jerantut ni.Jadi ini menunjukkan bahawa PM kita sekarang tidak dihormati oleh PARTI KOMPONEN BN yang lain,yang mana ada di Jerantut ni lah!Jangan duk kira lah Parti hak tak pernah jejak ke sini.

Apa makna semua ini?Adakah sikap HORMAT dan SETIAKAWAN dalam BN telah berkurangan? Ataupun memang telah dibuktikan memang ada yang tak kena dengan BN dalam Jerantut ni?Ini pandangan orang luar macam saya ni.Orang yang duk dalam BN tak tau lah macam mana cerita demenya!

Kalau nak kata pemimpin yang datang tidak SEBESAR dan SEHEBAT dunia,siapa lagi yang lebih besar dari PM MERANGKAP Pengerusi BN dan Presiden UMNO selaku parti yang menjadi KEPALA dalam BN?Saya rasa pelik juga!Atau orang Jerantut dah tak mahu pada BN lagi?Macam tak masuk akal rasanya?Tapi entahlah!Kita bukan tahu sangat!

Dan banyak cerita yang didengar samada sebelum mesyuarat,semasa mesyuarat,dan juga selepas mesyuarat.Macam-macam cerita weh!Tapi itu kita cerita lain kali.Karang orang kata memandai-mandai pulak!

Dan akhir sekali,tahniah kepada PIMPINAN UMNO Jerantut!Anda telah membuktikan bahawa memang ada SESUMPAH dan macam-macam lagi dalam UMNO Jerantut ni.Kalau dah Presiden sendiri dah tegur'direct' macam tu,takkan tak paham lagi kut?Takkan itu pun nak kena ada SIJIL LUAR NEGARA baru nak faham!