Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, January 14, 2010

Dah berapa lama dah!!!!!!!!!

Lebih sedekad hidup bergelap

KAMPUNG SEMPADAN – Sebuah keluarga penoreh getah di sini merayu pihak berkenaan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumahnya yang bergelap semenjak 1999, iaitu ketika mereka mula berpindah di Batu 32, Kampung Sungai Malik, Kampung Sempadan dekat sini.

Penoreh berkenaan, Che Asmah Ismail, 47, berkata, dia dan suami berpindah dari estet Kemayan di Triang ke kampung itu setelah suaminya, Ngah Ramli Mat Yunus, 54, membeli tanah yang dijual penduduk di kawasan itu.

“Sepanjang lebih 11 tahun kami menetap di sini, kami tidak menerima kemudahan bekalan air bersih dan elektrik. Air diperolehi daripada sambungan dari rumah jiran berdekatan dan membayar secara bulanan kepadanya, selain daripada air tadahan hujan.

“Sehingga kini juga, api pelita dan lilinlah yang menerang malam kami kerana permohonan untuk mendapatkan bekalan elektrik berhadapan dengan beberapa masalah, ditambah kekurangan kewangan membuatkan bekalan tidak dapat diberikan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.:

Che Asmah berkata, setiap urusan dengan pihak berkenaan dilakukan suaminya yang juga bekerja di kilang batu bata di Damak, untuk menampung keperluan selain menoreh getah.

Menurutnya, masalah yang berlaku ialah kegagalan mereka sekeluarga menyediakan geran tanah menyebabkan bekalan elektrik tidak dapat dibekalkan.

“Ketika membeli tanah ini, pelan kami sudah sediakan namun kami tidak mampu untuk memanggil pihak berkenaan untuk menyukat tanah bagi mengeluarkan geran, kerana ia menuntut pembayaran hasil dan cukai juga terpaksa dikeluarkan, sedangkan kami tidak mempunyai wang yang cukup.

“Ketiadaan geran tapak rumah menyebabkan, pihak berkenaan tidak dapat menyediakan bekalan elektrik sedangkan pada ketika yang sama wakil rakyat juga telah turun melawat, manakala di rumah saya sendiri pendawaian elektrik juga sudah dibuat,” katanya.

Menurutnya, selain itu dia dan juga adik-adiknya yang lain berhadapan dengan masalah penggunaan komputer, kerana hanya boleh mempelajari ilmu IT berkenaan ketika di sekolah atau di luar rumah.

“Ketiadaan bekalan elektrik mengganggu pembelajaran, namun saya amat bersyukur saya dan dua lagi berjaya menamatkan pengajian hingga ke menara gading, tetapi saya juga risau dengan masa depan adik bongsu saya yang terpaksa melalui nasib sama mengulang kaji pelajaran bertemankan api pelita.

Hisamsul berkata, dahulu terdapat lima batang tiang elektrik di pasang namun tidak tahu mengapa sehingga kini tiada sambungan dibuat dan ia tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah keluarga ini semalam mendapati pendawaian elektrik telah siap dan hanya tunggu untuk disambungkan ke tiang utama, namun tidak dapat dilakukan berkenaan tiada bekalan diberikan.

Sinar Harian turut difahamkan, terdapat lagi beberapa rumah berhampiran yang tidak dapat akses kepada bekalan elektrik sejak lebih sedekad lalu.


Kami kata:-Kg Sempadan ni yang dekat Lanchang tu ke?Tapi suami dia kerja kat DAMAK.JAdi ini termasuk dalam PARLIMEN JERANTUT,DUN DAMAK ni!Mana pergi AHLI PARLIMEN dengan ADUN DAMAK,DATUK LAU LEE?Makan gaji buta ke.DAMAK ni tak ada orang lain pernah menang.Sepanjang masa BARISAN NASIONAL.Sejak merdeka lagi ni.Tak cukup kuasa lagi ke?Tak dalam pengalaman lagi ke?Ke memang tak nak tolong orang MELAYU?Jangan sampai orang tolak awak esok!Sahabatku dalam UMNO,lihatlah contoh yang telah diberi ini dengan teliti.Nilailah dengan mata dan hati yang terbuka!Jangan kita nak cepat panas aje!

Wednesday, January 13, 2010

Betul ke ni Tan Sri??????

Ekonomi negara dijangka positif

PUTRAJAYA 12 Jan. – Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat tahun lalu berbanding penguncupan yang berlaku pada tiga suku pertama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pelbagai petunjuk ekonomi menunjukkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan yang positif, tahun lalu.

Katanya, keadaan itu akan membantu negara mencapai kadar pertumbuhan tahunan melebihi lima peratus pada tahun ini.

“Walaupun saya tidak dapat menyatakan sejauh manakah kadar positif tersebut tetapi saya yakin Malaysia mampu capai kadar pertumbuhan yang positif.

“Malaysia telah mencatatkan kadar pertumbuhan negatif pada tiga suku sebelum ini iaitu masing-masing pada negatif 6.2, negatif 3.9 dan negatif 1.2 peratus.

“Petunjuk-petunjuk ekonomi yang ada bagaimanapun menunjukkan kadar kita adalah positif pada suku seterusnya,” kata beliau.

Nor Mohamed berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kumpulan Perniagaan Oxford mengenai penerbitan Laporan Malaysia 2010 di sini hari ini.

“Selain itu, harga minyak dan komoditi yang tinggi juga menguntungkan Malaysia yang merupakan pengeluar produk itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nor Mohamed berkata, kadar tol baru untuk lebuh raya di Semenanjung akan diketahui dalam tempoh suku pertama negara ini selepas ia diluluskan oleh Kabinet.

Kami kata:- Kata2 menteri ni kadang-kadang buat orang pening je.Setahu saya,ada member saya seorang guru memberitahu bahawa Skim Bantuan Tuisyen telah dimansuhkan.Mungkin pencapaian tidak memberansangkan.Sahabat saya seorang technician di DBKL kata kadar overtime(OT) telah dikurangkan hampir 2/3. Seorang lagi rakan di PETRONAS Kemaman kata,seramai 9000 orang pekerja akan mula diberhentikan.Macam tu juga kata seorang lagi rakan saya di industri automotif negara bahawa ribuan pekerja akan diberi pilihan atau Skim VSS(dalam erti kata lain,berenti lah tu!)Jadi petunjuk2 ini tak menggambarkan keadaan ekonomi semakin pulih.Mungkin Menteri cakap nak sedapkan hati orang ramai je kut!

Ye ke ni??????

Kementerian nafi harga gula akan naik lagi

TEMERLOH 13 Jan. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan spekulasi kononnya harga gula akan dinaikkan sekali lagi menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini.

Beliau sebaliknya memberi jaminan bahawa harga bahan itu tidak akan dinaikkan lagi sama ada sebelum ataupun selepas musim perayaan tersebut.

Justeru, beliau menyifatkan berita dan spekulasi tentang kenaikan harga gula itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sema-mata untuk meraih keuntungan.

“Perbuatan mereka itu boleh menyebabkan rakyat menjadi panik dan ini tentunya akan mendorong orang ramai membeli gula dengan kuantiti yang banyak.

“Ini akan menyebabkan gula habis di pasaran bukan dalam tempoh yang sepatutnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - Utusan

Kami kata:-Iye ke Bapak Menteri ni?Dulu banyak kali orang kena kes minyak.Kabor tak naik,tup-tup,naik juga.Macam RON95 dan RON97 sekarang.Memang RON95(dulu merah)tak naik.Tapi cuba kita tengok RON97 tu.Tak ke harga dia lagi lebih dari hijau yang lama?Jangan jadi macam menteri besar Pahang.Kalau gula naik harga,kita boikot jangan makan gula.Kalau macam tu senang la nak jadi Memanda Menteri ke Menteri Besar.Kalau naik jangan pakai,kalau naik jangan guna.Orang besar takpelah.Gula dengan benda lainboleh claim.Rakyat bawah ni apa macam?Takkan nak main bedal je minum kopi o takde gula?Datuk AHMAD ALBAB pun marah gula takde! Minyak naik jangan bawa motor,bawa kereta.Jalan kaki! Sanggup ke kita?Pemimpin patutnya cari penyelesaian,bukan bagi jawapan macam budak sekolah!

GEREJA DAN MASJID BUJAL KEMAMAN DAN MASJID KG BEREMBANG DI AMPANG



KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

"Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang"."Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.Najib dengan diiringi beberapa orang menteri kabinet dan timbalan menteri menghabiskan masa 15 minit di tingkat bawah bangunan yang menempatkan gereja itu dan menyaksikan sendiri beberapa kemusnahan seperti peralatan pejabat, akibat lontaran bom api.Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli gereja serta penduduk setempat berebut-rebut untuk bersalaman dengan Perdana Menteri sebaik beliau selesai meninjau kerosakan di gereja itu selepas tiba di situ pukul 5 petang.

Najib berkata lawatan beliau ke tempat itu menunjukkan betapa kerajaan memandang serius insiden itu."Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini."Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Ulasan: Diucapkan tahniah kepada PM kerana mengambil tindakan yang cepat dalam membantu dan melawat gereja yang dibom oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. PM berkata "Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita".Sekiranya ucapan PM ini betul dan penuh tanggungjawab, bagaimana status dengan masjid Kg Bujal di Kemasik, Kemaman dan Masjid Kg berembang di Ampang, kenapa langsung tidak menjaga keharmonian dan agama pada ketika itu ?Sedangkan masjid juga adalah tempat beribadah bagi ummat islam.Sekali lagi saya nyatakan tahniah kepada PM kerana mengeluarkan peruntukan sebanyak lima ratus ribu ringgit terhadap gereja yang dibom itu tetapi janganlah jadikan ummat islam di Negara ini sebagai satu etnik yang seolah-olah tidak ada maruah seperti yang telah dilakukan kepada kedua-dua buah kampung iaitu Kg Bujal dan Kg Berembang .Kalau nak bantu dan harmoni tolonglah kedua-duanya kerana ummat islam di negara ini juga adalah rakyat Malaysia sepertimana penganut agama kristian yang telah dibom gereja mereka.

Monday, January 11, 2010

Perkara yang dapat perhatian!!!!!!!!!!!!!!!

Tiga lagi gereja, sekolah, surau sasaran serangan


NADZIM (tengah duduk) bersama dengan gabungan NGO menyokong mengenai sukarelawan mengawal keamanan semalam.

Rakyat tak perlu bimbang insiden terpencil

BUKIT BERUNTUNG: Tiga lagi gereja, satu sekolah dan sebuah surau menjadi sasaran serangan bom petrol dan batu oleh pihak tidak bertanggungjawab, semalam, tetapi keadaan keseluruhannya amat terkawal, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin memberi jaminan rakyat tidak perlu bimbang dengan beberapa insiden terpencil itu kerana keadaan adalah terkawal.

"Saya meminta orang ramai jangan terpengaruh dengan laporan segelintir media asing mengenai apa yang berlaku kerana kejadian sebenar tidak serius seperti digembar-gemburkan mereka.

"Malah, Ketua Polis Negara sudah diarah memantau semua blog, internet dan SMS yang menyebarkan khabar angin sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat serta ambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendalanginya," katanya pada sidang media selepas menyertai Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa di sini, semalam.

Dalam kejadian terbaru pagi semalam, dua gereja di Taiping iaitu Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Saints Louis di Jalan Lumba Kuda serta pos pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dilempar bom petrol tetapi tiada kebakaran berlaku.



Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hanya ada kesan hitam pada dinding luar kedua-dua gereja itu akibat api kecil, tetapi tiada kerosakan.

P/S :- Keadaan tegang,berhati-hati.Jangan cakap ikut suka,nanti kena gari!Kecoh sekarang orang bakar gereja,serang surau dan macam-mcam lagi.Tetapi adakah kita masih sedar yang gula dah naik,bil lektrik nak naik,bayaran sekolah nak naik,Elaun COLA nak hilang,PPSMI tak menjadi(GAGAL).Enjin jet macamana cerita?Adakah kita masih ingat dengan itu semua?MUNGKIN TIDAK!!!!!