Penjawat awam mesti berkecuali
KUANTAN 3 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, penjawat awam di negara ini perlu mengekalkan sikap berkecuali dalam melaksanakan tugas mereka.
Titah baginda, penjawat awam yang profesional tidak akan menyokong mana-mana parti politik, sebaliknya hanya menjalankan tugas masing-masing berasaskan dasar yang telah ditetapkan.
"Beta tidak mahu melihat setiap perkara atau tugas yang dibuat oleh penjawat awam dipolitikkan, kerana ini akan menyusahkan rakyat dan melambatkan rancangan serta pelaksanaan program-program pembangunan yang telah dirancang.
"Oleh itu, setiap penjawat awam perlu komited dan mendokong aspirasi kerajaan hari ini," titah baginda pada Majlis Perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-14 di sini, hari ini.
(Sumber dari sini)
Dalam keratan akhbar ini Sultan Pahang sendiri telah menegaskan yng kakitangan kerajaan tidak menyokong mana-mana parti politik kerana mereka adalah tertakluk kepada undang-undang dan mutu kerja yang sepatutnya.
Tapi kalau dilihat di Jerantut ni ada sikit berbeza sebenarnya.Kakitangan kerajaan yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja yang diberi tekanan dan amaran.Tetapi kakitangan kerajaan yang terlibat dengan BN adalah tidak langsung dipedulikan dan mereka dibiarkan terus melibatkan diri dalam Politik secara aktif.
Kalau dilihat pada Organisasi Kerajaan mana sekalipun dalam Jerantut ini,semuanya adalah begitu.Tak percaya pergi lah ke JKR,Bomba,Polis(tentu sekali)dan yang paling ramai di PPD(Guru Pembina Bangsa).
Kebanyakan AJK Bahagian UMNO adalah samada mereka yang ada bisnes sendiri atau pun Guru-guru di Pejabat Pendidikan Daerah.
Jadi adakah mereka ini tidak mengikut aturan dan peraturan?Besar manakah mereka ini semuanya?????
No comments:
Post a Comment