Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, September 28, 2011

Siapa tahu di mana letaknya Kubur Mat Kilau????

Dekati tinggalan sejarah negara


PULAU TAWAR – Pendedahan secara langsung terhadap tinggalan sejarah terdahulu kepada generasi muda perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi penghayatan dan pemahaman mereka mengenai sejarah kemerdekaan negara.

Penghulu Mukim Pulau Tawar, Amir Hamzah Othman berkata, dalam usaha membantu menambah pemahaman bermenjadi lokasi tumpuan terutama dalam kalangan penuntut untuk mengadakan lawatan bagi mengenang kembali susur galur sejarah perjuangannya.


Menurutnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Masjid Kedondong selaku badan dilantik menjaga makam pahlawan itu amat berbesar hati menerima kunjungan pelawat.

“Bersempena sambutan bulan kemerdekaan baru-baru ini, kunjungan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) membolehkan generasi baru didedahkan dengan pelbagai sejarah lalu terutama berkaitan Mat Kilau.


“Jika dahulu mereka hanya belajar melalui buku, namun kehadiran pelawat ke Pulau Tawar membolehkan susur galur sejarah dan tinggalannya dapat dilihat dengan lebih dekat. Ia antara ilmu dan pengalaman yang tiada nilainya,” katanya di Program Gotong-Royong Pelajar UMP di Makam Mat Kilau, Pulau Tawar, baru-baru ini. 


(Sumber dari Sinar Harian

KK:-Sebenarnya memang orang Jerantut yang tahu di mana makam Tokoh yang boleh dikata terbilang di dalam Daerah Jerantut ini.

Tapi bagaimana agaknya kalau orang yang tak pernah hadir kesini?Adakah mereka yang contohnya tahu bagaimana nak pergi ke Makam Mat Kilau ni kalau datang bersendirian?

Setahu saya tidak ada Papan Tanda samada dari arah Temerloh (Highway.Kuala Lumpur,Selangor dsb) atau dari arah Maran (Kuantan,Terengganu).

Bagaimana orang nak tahu pasal Makam Tokoh ini.Dan di Kampung Pulau Tawar sendiri,tidak banyak mercu tanda atau pembangunan yang nyata pasal pelancongan ni padahal Makam seorang Tokoh yang dikira BESAR terdapat di sini.

Dan lagi satu.Bukankah Mat Kilau ni dulu di kira pengkhianat dan menjadi buruan oleh orang-orang PUTIH yang berkuasa di Pahang sebelum merdeka?

Nak kira macam mana tu? 

No comments: