Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, September 24, 2011

UMNO tidak bincang isu hudud

 

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan UMNO tidak akan membincangkan isu perlaksanaan hukum hudud bersama parti komponennya dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, UMNO juga tidak perlu membalas kenyataan yang dikeluarkan mana-mana pemimpin pembangkang berhubung perkara itu.

"Tanyalah Pas kerana merekalah yang ingin melaksanakan hukum hudud, negeri berkebajikan atau apa sahaja yang mahu dilakukan mereka.

"Kenapa perlu tanya saya (UMNO) kerana itu merupakan agenda mereka dan kenapa UMNO perlu membalas kenyataan sedemikian yang dikeluarkan Pas sendiri," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka KDN di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

(Berita lanjut di sini


K.K:-Ini bermakna bahawa UMNO bukanlah mendahulukan apa yang berkait dengan Islam.Cuma yang menjadi perjuangan mereka ialah apa yang boleh menguntungkan mereka.

No comments: