Hit Counter
Monday, May 23, 2011
Pendapat siapa yang diambil kira????
Dalam posting yang lepas saya ada menulis tentang Jalan dari Jengka 8 menghala ke Jerantut.Ada juga orang yang baca.Syukur,ada yang beri masa untuk baca pendapat saya.
Dan ada juga yang memberi komen.Dua orang aje yang memberi komen,terima kasih atas komen anda.Berikut adalah komen yang diberi
Itu tadi adalah dua komen yang saya perolehi dari ANON yang tidak meninggalkan nama.Jadi boleh lah diambil kesimpulan mereka ini adalah ORANG YANG SSSAAAANNNGGAAATTT BERANI.
Komen pertama menuduh orang PAS atau mungkin penyokong PAS seperti saya hanya tahu MEMAKI HAMUN dan tidak tahu buat kerja.Apa yang dibuat oleh BN semua tak betul.
Sila baca semula posting saya lepas.Semak semula ada ke kata-kata makian yang dikeluarkan?
Kemudian,mereka menuduh yang BEKAS ADUN TAHAN dari PAS tidak membuat sebarang kemajuan semasa beliau menjadi YB dahulu.
Untuk pengetahuan semua pembaca,Almarhum Cik Malik dinafikan haknya sebagai YB ketika itu.Sebarang mesyuarat yang sepatutnya dihadiri,beliau TIDAK DIJEMPUT!Peruntukan kepada YB dari PAS ketika itu di sekat dan mereka memberi sumbangan dari wang mereka sendiri.
Saya ada berjumpa dengan seorang kakitangan kesihatan yang mengucapkan terima kasih dengan adanya Klinik Kesihatan di Sungai Retang.Jadi masih ada jasanya walaupun semua kelebihan dinafikan.
Keomen yang kedua adalah contoh budaya yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh manusia yang bertamadun.Saya BUKANLAH PENYOKONG ANWAR.Saya adalah penyokong Parti dan PRESIDEN PAS.Jadi tidak ada kena mengena saya dengan apa yang dikatakan oleh ANON ke 2 dalam nada yang amat tidak BERTAMADUN itu.
Pada saya di sini kita dapat melihat siapa dan bagaimana sebenarnya PENDOKONG dan PENYOKONG UMNO dan BN itu.Kedua-dua ANON ini adalah sebenarnya gambaran yang jelas tentang PERANGAI dan SIFAT AHLI parti yang berkenaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik.
Pada saya pendapat tentang Jalanraya tersebut adalah hak saya sebagai PENGGUNA dan RAKYAT MALAYSIA.Kalaulah HAK dan PENDAPAT saya tidak boleh diberi perhatian,apa makna adanya KERAJAAN yang memerintah hari ini?Saya juga adalah seorang rakyat biasa yang hidup dimuka bumi ini.
Kalau bukan hak dan pendapat rakyat diambil kira,SIAPA LAGI?Dan kalau bukan hak RAKYAT diperjuangkan,siapa lagi?TOKEY BESAR?
2 comments:
- sri tribuana said...
-
sabarla, manusia yg suka memaki ni tak kira la parti apa mmg tak ada tamadun
- May 23, 2011 at 9:08 PM
- N9 TAHAN said...
-
Maaf kalau ada rakan yang terasa.Ini bukan ditujukan untuk UMNO yang bertamadun.Ini utk UMNO yang tak bertamadun.Terima kasih Sri Tribuana kerana berfikiran rasional dan terbuka.Saya respek dengan anda!
- May 23, 2011 at 10:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum.....
Memang dah tabaiat hudoh urag PAS ni....macam nilah....Buat projek ngata.... tork buat lagi ngata + memaki hamun. Serba tork kena... dema aje hork yang betul.... Dema nork buat cakap aje lebihnya...... buat nye tidok. Satu penggal PAS kuasai DUN TAHAN dulu..... Satu inci jalanpun tork bulih buat.... Pedaoh pandailah......
May 20, 2011 11:41 AM
satu lg blogger pandykutty penjilat aljuburi...
May 20, 2011 6:17 PM