Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, May 9, 2011

Negara berpendapatan tinggi.........

Saya baru sahaja pulang dari luar negeri,(Negeri Sembilan,bukan United Kingdom).Banyak cerita yang saya dengar dari tempat lain.Berbagai sangat ceritanya.Tapi mungkin tak direct dengan kita.Jadi saya nak ambik lah cerita yang saya rasa kena dengan kita.

Posting yang lepas saya tulis pasal minyak naik.Baru-baru ini,sengaja saya tidak tulis pasal kenaikan yang berlaku.Bukan apa,saja nak tengok pendapat orang.Semasa saya berada di Negeri Sembilan,boleh tahan ramai juga yang marah.Tapi yang pentingnya kita tengok sahajalah dalam PRU13 nanti,apa kesannya.

Saya nak bebel sikit pasal harga GULA yang baru naik hari ni.Mungkin lepas ni ada sahabat-sahabat dari UMNO dan BN akan PANGKAH saya bab kenaikan harga barang ni.Ikutlah deme,itu hak deme.Saya cuma menyuarakan pendapat dan buah fikiran saya.ITU HAK SAYA!

Petikan di dalam Utusan Malaysia ONLINE

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.

Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memerintah hari ini.Dengan kenaikan gula ini dapatkan saya menyelamatkan diri dari KENCING MANIS kerana kurangkan penggunaan gula dala kehidupan seharian.Dan begitulah juga lebih kurang jawapan dari antara MENTERI BESAR yang BIJAK dalam Malaysia iaitu MB PAhang.Katanya"Kalau gula mahal,jangan makan gula,minum susu!"

Kalau harga BERAS naik?Jawabnya kena makan KULAT je lah!Jawapan macam budak sekolah rendah.

Tapi,tak mengapalah.Mungkin ini lah yang dikatakan negara berpendapatan tinggi dengan rakyat senang hati apabila harga barangan semuanya naik.Pendapatan tinggi kan?Semua boleh beli!

Tahniah RAKYAT MALAYSIA!(Jerantut pun harga MINYAK dan GULA naik juga WOI!!!!!!)

2 comments:

Anonymous said...

Negara berpendapatan tinggi adalah ungkapan yang sangat mengelirukan. Sewajarnya negara berpendapatan bersih tinggi( high net earning). Maknanya, naiklah harga apa pun pendapatan lebih tinggi setelah ditolak perbelanjaan.

Sebenarnya politikus tak bijak. Perjuangkanlah negara berpendapatan barakah.

N9 TAHAN said...

terima kasih atas pandangan dan kunjungan anda.memang saya tidak setuju dgn apa yang dicanangkan sebagai negara berpendapatan tinggi.

biasanya pendapatan negara ini akan dikira secara perkapita.jadi sebenarnya bukan semua rakyat memperolehi pendapatan tinggi.cuma sesetengah bilangan orang sahaja.

apabila ini berlaku,masih ada individu yang memperolehi pendapatan yang rendah kalau dibanding dengan sesetengah orang.dan harga barangan yang semakin meningkat akan membantutkan usaha meninggikan tahap kehidupan masyarakat.

jadi ianya tidak akan berakhir!