Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, March 31, 2011

Pengkhianat Bangsa dan Tanah Air!!!!!

TEMERLOH, 31 Mac - Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob dikritik kerana tidak mengendahkan perasaan rakyat sekitar kawasan Jerantut apabila meluluskan kawasan tadahan air untuk penebangan balak. “PAS membantah keras kelulusan kawasan tadahan air yang telah digazetkan sebagai hutan simpan Jerantut (tambahan), petak 11A, 3A dan 15A sebagai kawasan pembalakan. Kawasan tadahan air ini melibatkan berpuluh kampung dan akan memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata Kerajaan Negeri tidak wajar luluskan kawasan untuk pembalakan yang telah diwartakan sebagai tadahan air kerana ia akan mendatangkan risiko kekeringan sumber air, pencemaran sumber air penduduk dan juga kerosakan alam sekitar yang menjadi sumber pendapatan utama bagi masyarakat asli di sekitar kawasan tersebut. “Jangan hanya tengok atas pelan dan perasaan rakyat langsung tidak diendahkan. “PAS desak kerajaan batalkan kelulusan ini atau rakyat akan adakan demo sekiranya bantahan ini tidak dipedulikan,” tegasnya lagi.

(Berita dari Pahang Daily)

KK:-Ini dah keluar dalam Blog PDO.Menurut sumber yang didapati,memang terdapat penerokaan seperti yang dinyatakan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Persoalannya di sini ialah:-

1.Tidak adakah apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berwajib dalam mengani Hal ini.Ini adalah berkaitan terus dengan kehidupan penduduk di sekitar tempat terbabit dan rakyat Jerantut juga secara keseluruhannya.Tidakkah tindakan ini akan membawa kesan buruk kepada Alam sekitar dan terutama sekali BEKALAN AIR dari Sungai Pahang?

2.Apakah lagi harapan yang boleh disandarkan kepada pimpinan BERKUASA sekiranya perkara seperti ini tidak dapat ditangani dengan baik dan cekap?Adakah pemimpin sekarang tidak mementingkan keutamaan RAKYAT BAWAHAN?

Jadi,anda baca dan anda fikir!

1 comment:

Anonymous said...

Siapa peduli rakyat nak sedut udara kotor ke,nak minum air lumpur ke ,nak tengelam dalam banjir kilat berlumpur ke,yang penting buat projek bolih datang laba dan penoh poket, seperti apa yang berlaku dihutan disekeliling Felda Padang piol telah dibotakan,sama ada mendapat kelulusan atau tidak dari jabatan dan egensi yang bertanggong jawap wallahualam,hanya mereka saja yang tahu,tetapi yang terima kesannya ia-lah pendudok disekitarnya,apabila hujan banjir kilat akan berlaku diperkampongan ,dan air paip sering berubah warna kalau musim panas warna kekuningan,bila hujan warna macam air teh susu,inilah nasib rakyat,bila PRU datang bercerita merayu dengan rakyat minta sokongan,apabila dapat jawatan peduli apa pada rakyat kerana rakyat diikat dengan kain pelikat dan disumbat mulut dengan wang ringgit,yang pandai sikit diikat dengan banyak kain pelikat dan kain batek,yang bodoh padan dengan sehelai sahaja,itulah nasib bangsaku .