Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, March 15, 2010

Kata lain,buatnya lain!

Parkir awam sepi kenderaan diletak sesuka hati

KUALA TAHAN - Tempat meletak kenderaan awam Kuala Tahan dilihat sepi dan tidak digunakan yang mengundang pembaziran dan menjadi lokasi bagi segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengadakan aktiviti tidak berfaedah.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan mendapati lebih 100 lot meletak kenderaan disediakan di kawasan meletak kenderaan awam, namun yang dilihat ia hanya digunakan oleh bas membawa pelancong sahaja.

Pelancong Itali, Antonio Genovese, 31, berkata, pemandangan kawasan persekitaran khususnya lokasi pintu masuk ke Taman Negara di sekitar jeti Kuala Tahan dilihat berserabut seperti tiada pemantauan.

Menurutnya, sistem lot parkir yang disediakan tidak digunakan malahan pengunjung yang datang ke kawasan ini dilihat lebih gemar meletakkan kenderaan sesuka hati terutama di bahu jalan.

Rakannya, Iren Zambon, 26, berkata, beliau gembira kedatangannya pertama kali ke Kuala Tahan Taman Negara adalah seperti digambarkan rakan senegara lain yang pernah melawat ke lokasi pelancongan itu.

Menurutnya, namun adalah lebih baik jika pemandangan dan imej kawasan di sini diserikan dengan satu sistem teratur meletak kenderaan, untuk memberi ruang kepada pengunjung dapat berjalan terus ke jeti tanpa halangan oleh kenderaan yang parkir sesuka hati.

“Seharusnya perkara ini tidak terjadi kerana kawasan ini adalah lokasi kunjungan dunia, dengan pengunjung hendaklah menggunakan parkir awam yang disediakan, untuk tujuan kekemasan dan mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi,” katanya.

Seorang belia dari Melaka, Mohd Rahimi Rahman, 26, berkata, satu pembaziran apabila parkir awam yang disediakan digunakan dan dilihat kekosongan kawasan berkenaan menjadi lokasi ia dijadikan aktiviti tidak berfaedah.

Menurutnya, terdapat longgokan botol minuman keras terdapat di kawasan meletak kenderaan itu yang boleh memberikan pelbagai tanggapan terhadap lokasi pelancongan itu.

“Kami datang mengadakan aktiviti belia di sini dengan meletakkan bas di parkir disediakan, namun agak terkejut juga apabila melihat botol dan tin minuman keras ada di kawasan berkenaan.

“Seharusnya pemantauan dan penyelenggaraan oleh pihak berkenaan perlu diberikan supaya imej kawasan pelancongan itu tidak terjejas selain setiap kemudahan awam yang disediakan untuk semua dapat dimanfaatkan dengan baik tanpa pembaziran,” katanya.



Perlu penguatkuasaan pihak berkenaan

Pemantauan pihak berkenaan menerusi satu badan khusus dilantik dilihat perlu dilakukan untuk membolehkan kawasan pelancongan menjadi lebih tersusun dan kemas.

Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Taman Negara, Zamri Mat Ami berkata, penstrukturan kawasan pelancongan di sini perlu dikendalikan oleh satu badan dilantik khusus.

Menurutnya, ia perlu dijaga dari laluan mula ke kawasan Kuala Tahan termasuklah pembersihan bahu jalan sepanjang ke jeti Taman Negara dan juga kepada susunan parkir dan landskap lainnya.

“Ini perlu supaya pengendalian operasi kawasan pelancongan di sini akan menjadi lebih baik, tersusun dan juga meningkatkan lagi imej pelancongan di sini.

“Kini apa yang berlaku mungkin ketiadaan pengendalian khusus menyebabkan kawasan di sini terlepas pandang beberapa perkara seperti landskap dan parkir yang dilihat terabur dan tidak menarik.

“Apabila adanya pengendalian khusus, pastinya penguatkuasaan akan diberi dan ditingkatkan untuk mendisiplinkan pengunjung dan penduduk tempatan di sini dalam pelbagai perkara,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan khusus juga dilihat membolehkan parkir lot awam dikuatkuasakan penggunaannya seterusnya membolehkan tiada lagi parkir di bahu jalan dilakukan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, masalah yang berlaku di kawasan pelancongan itu dilihat bersifat sementara sahaja.

Menurutnya, landskap, pemandangan dan penstrukturan kawasan berkenaan akan dilakukan lebih kemas dan terperinci sedikit masa lagi khususnya apabila projek jambatan ke Taman Negara dari Kampung Aguh siap dibina kelak.

“Kita melihat projek jambatan itu akan memberikan dimensi baru, yang mana siapnya ia akan membuatkan keseluruhan kawasan pelancongan ini akan berubah wajah, dengan segala kemudahan awam terutama parkir disediakan akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kelak akan tiada lagi parkir sesuka hati dengan pemantauan khusus akan dilakukan, untuk memastikan laluan utama ke jeti dan jambatan tidak terganggu oleh kenderaan di bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata, kawasan berkenaan akan dipantau dan dipastikan kemas dalam usaha meningkatkan lagi imej lokasi pelancongan dan menarik lebih banyak lagi kedatangan pelancong sama ada domestik dan antarabangsa.

Kami kata;-

1-Orang luar pun komplen pasal keadaan di Pintu Masuk Taman Negara. Malu juga orang tempatan,ke tak malu?

2-Akhirnya tempat-tempat terasing seperti di Kuala Tahan pun sudah bertambah maju seiring dengan semangat 1MALAYSIA.Ini dibuktikan dengan KEHADIRAN BOTOL DAN TIN minuman KERAS di kawasan yang telah dinyatakan.Jadi tahniah kepada Pemimpin dan Rakyat di DUN TAHAN!

3-Semasa dalam PRU12 hari tu saya ada dengar janji seorang CALON dalam PRU tersebut.Katanya"Kalau kerajaan tak boleh buat Jalanraya masuk Ulu Tembeling,saya akan buat sendiri pakai duit saya!"Kebetulan saya ada disitu dan mendengar sendiri ucapan ini dari CALON tersebut.Tapi sampai sekarang belum nampak janji dan JALANRAYA dari Kuala Tahan ke DALAM sana.Apa sudah jadi?

2 comments:

bdk_laut said...

saya sebagai pemuda ulu tembeling tersangatla kecewa dengan janji YB....dulu kata lain skrg kata lain..sebagai YB yang berpengalaman dalam politik..dah tentu YB tau...isu yang amat sensitif bagi penduduk mukim ulu tembeling...MENGAPA DIJADIKAN MANIFESTO PRU SEKIRANYA YB SENDIRI TAK MAMPU NAK LAKSANAKAN????saya tertanya apa sebenarnya yang YB N9 perjuangkan???pengaruh??kuasa??harta??

N9 TAHAN said...

Pengaruh,kuasa,harta????semua sekali kut???