Menurutnya, walaupun desakan itu amat kuat, namun beliau akan menentang habis-habisan pihak yang digelarnya firaun kecil kerana golongan itu telah banyak merosakkan PKR dengan agenda mereka tersendiri.
Katanya, firaun kecil tersebut juga banyak menaburkan fitnah dan tohmahan terhadapnya selama ini sehinggakan mereka berkata beliau akan isytihar keluar parti pagi semalam bersama-sama dengan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan: Tee Beng yang juga dari PKR.:
“Saya beri jaminan hari ini (semalam) bahawa saya tidak akan keluar parti, tetapi saya akan lawan mereka habis-habisan.
“Begitu juga andaian yang mengatakan saya menunggu untuk dipecat, andaian ini adalah salah sama sekali, kalau saya mahu, saya boleh pecat diri saya pada bila-bila masa, sekarang pun boleh,” katanya pada sidang media selepas menghadiri prosiding Lembaga Disiplin PKR yang dihadapinya.
Apabila ditanya adakah UMNO pernah cuba mendekatinya, Zulkifli dalam nada sinis berkata, parti yang memujuknya adalah DAP kerana parti tersebut amat memerlukan khidmatnya.
“Yang saya tahu, DAP amat ghairah mahu mendapatkan saya,” katanya.
Zulkifli dihadapkan ke Lembaga Disiplin PKR kerana bertindak membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Abdul Samad mengenai kenyataannya berhubung isu kalimah Allah.
Terdahulu, Lembaga disiplin PKR menunda tarikh bagi mendengar tuduhan terhadap Zulkifli kerana mempertimbangkan lapan perkara yang dikemukakan.
“Lembaga Disiplin akan mendengar kes saya semula pada 4 Mac ini pada tempat yang sama di sini, saya tidak mahu mendedahkan lapan perkara tersebut,” katanya.
Kami kata:-Dulu Zul Nordin ni pernah jadi ketua dalam satu tempat parti lain di Selangor.Tapi agaknya prestasi tak berapa memuaskan,jadi dia pindah tempat lain.Ok lah lagi sebab masih berkait.Tapi sejak kebelakangan ni dia nampak macam tak puas hati dengan sesuatu perkara.Kalau tak setuju,keluar je lah.buat macam Fairus tu.Tapi mungkin dia masih sayangkan perjuangan dia.Sebab dia rasa dalam PKR pun masih boleh perjuangkan Islam.jadi tak semestinya dalam UMNO saja boleh perjuangkan Islam.Sebab kami kata mcm tu,dah makin ramai yang murtad semasa UMNO dan BN berkuasa.Tak nampak pun UMNO nak laksana kaedah untuk halang orang murtad.Kuasa dah ada,jadi apa lagi?Jangan kata kat orang tak berani,tapi diri sendiri tak buat!berapa tahun lagi nak pegang kuasa baru nak boleh laksana hukuman pada orang yang murtad?Takkan dah nak mati baru nak buat?
No comments:
Post a Comment