Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, August 30, 2010

NGO mahu PDRM diberi nafas baru


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri wajar mengkaji semula penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan organisasi pasukan keselamatan itu mendapat nafas baru bawah pentadbir muda.

Sehubungan itu, pandangan segelintir wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini meminta kementerian itu supaya menyambung semula kontrak Musa adalah cadangan yang dangkal dan tidak masuk akal.

Setiausaha Agung Persatuan Teater Klasik Perak (PTKP), Kamarul Airi Arifin berkata, seharusnya pendapat dari kebanyakan wakil NGO lebih seimbang dan tidak berpihak kepada mana-mana individu atau organisasi bagi mengelak wujud unsur kurang sihat.(Cerita lanjut di sini)

Kami kata:-Rasanya KPN kali ni banyak sangat keistimewaannya.Sudah beberapa kali khidmatnya disambung setelah sampai waktu dia berpencen.Kami tak tahu kenapa,tapi seolah-olah KPN yang satu ini adalah INSAN yang sangat ISTIMEWA kepada KERAjaan yang memerintah hari ini.

Adakah mungkin JASA yang dicurahkan kepada KERAjaan hari ini adalah sangat besar dan tidak akan terbalas dengan penghargaan biasa?Ataupun beliau ini adalah seorang yang SANGAT mulia dan tidak boleh ditandingi oleh insan lain?Ataupu beliau ini adalah SEORANG yang cukup CEKAP membantu dalam segala PERANCANGAN Kerajaan UMNO BN bagi memastikan mereka semua terus berkuasa?

Mungkin jawapan terakhir itulah yang SEBENARNYA!Dan mungkin juga MALAYSIA ini sudah tidak ada orang yang LEBIH SESUAI menjadi KPN selagi Musa Hassan masih BERNAFAS!

Sunday, August 29, 2010

ROSMAH PUN BERUCAP DALAM MASJID TAK TUTUP AURAT


BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.

"Islam mempunyai batasan tertentu dalam penggunaan rumah ibadatnya supaya ia tidak dicemari dan dipergunakan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan rasa tidak puashati kepada orang Islam di negara ini," kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Katanya, tempat ibadat adalah merupakan tempat yang suci dan sepatutnya ia tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia.

Justeru, katanya, tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan menyampaikan "tazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu adalah amat memalukan dan mendukacitakan.

Beliau berkata memang sepatutnya sebagai Ketua Agama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan apa yang berlaku.

Dr Abdullah berkata sepatutnya pemimpin pembangkang yang beragama Islam prihatin terhadap perkara tersebut dengan lebih awal memberikan nasihat kepada rakan bukan Islam mereka berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

Katanya, mengikut peraturan dalam Islam, wanita sepatutnya menutup aurat apabila memasuki sesebuah rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

ULASAN :Terlebih dahulu Dato' Abdullah Md Zin menasihati perempuan yang dalam gambar tengah berucap tu...Jambul dia tu bukan aurat ke ? sebab dia orang islam sama seperti Dato' juga,...kenapa ? Tak berani nak tegur ke? sama-samalah kita doa semoga allah beri hidayah kepadanya...:)

Dipetik dari http://fadhlibrahim.blogspot.com/

Terkejut?Mungkin tidak!!!!!!!

Setelah kami BERJALAN-JALAN di beberapa BLOG dalam Parlimen Jerantut,ini antara komen yang menarik perhatian kami.

...............lagi haa tipu juga,tanya dr shukri berapkah harga yang diminta oleh dr shukri ketika menjadi exco untuk luluskan projek granmas sdn bhd sapu tanah dalam bandar jerantut seluas 21 ekar,Grandmas sdn bhd,bayar dia tidak kurang RM 1 juta,bawa perkara ini kemahkamah dan dakwa saya jika tidak betul,proksinya mat tupai dan haji rosdi,tanya nya lagi projek silang lim ah chap berapa kah harga yang dibayar oleh lim ah chap kepada dr shukri,proksinya Nordin wahid,tanya dr shukri macamana dia bayar hutang RM 13 juta dengan apa berapa banyak balak JKKK dia jual,dan tanya wan bakar kenapa dia diberhentikan ado dulu jual projek kerajaan dengan majid,adik angkatnya BPR nak tangkap dia dan dinasihatkan berhenti,siap yang jual tanah orang melayu kepada lim ah chap dikuala tahan ini lah barisan kepimpinan UMNO dan pejuang melayu yang mulia haaaa jika saya salah ini semua palsu tuduhan fitnah dsakwa saya kemahkamah. (dipetik dari komen dalam 44sikulipat.blogspot.com dari blogger onetahan.blogspot.com)

Kami kata:-Mengikut kata atau coretan dari blogger yang dinyatakan diatas,banyak perkara DALAMAN yang boleh diketahui oleh masyarakat dalam Parlimen Jerantut ini sendiri. Pendedahan yang dibuat adalah dikira AMAT BERANI dan BERTERUS TERANG.Sehinggakan blogger ini sanggup menerima tindakan MAHKAMAH atas dakwaan yang dibuat oleh beliau.

Pada kami,ini adalah dakwaan yang serius dan memeranjatkan(YE KE?).Jadi disini nyatalah mereka yang BERKUASA dalam UMNO Bahagian Jerantut lebih mementingkan PERUT dan TEMBOLOK masing-masing.Bagaimana pula dengan kepentingan orang terbanyak?Adakah mereka ini mendapat perhatian dan bantuan dari ORANG YANG BERKENAAN?

Kalau pemimpin begini yang bakal terus memegang TAMPUK pemerintahan di Jerantut khasnya dan Malaysia amnya,agak-agak bagaimanakah nasib rakyat biasa?Akan terbelakah nasib orang kampung dan masyarakat setempat?

Janganlah terus diperdaya wahai orang Jerantut!Bangkitlah kamu semua dari lena yang telah mengisi hidup kamu dengan MIMPI yang INDAH dan MANIS!Inilah masanya untuk kita MENGUBAH dan BERUBAH!




Friday, August 27, 2010

Nik Aziz sifatkan tunjuk perasaan anti Malaysia memalukan


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkantindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai "memalukan".


Mursyidul Am Pas itu berkata, sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.
cerita lanjut DI SINI.

Kami kata:Dah banyak kali sebenarnya Rakyat Indonesia melakukan tindakan yang pada mata kami BODOH dan TIDAK BERADAB ini.Walaupun bukan semua yang merencanakan dan melakukan DEMO ini,CALAR DI HATI itu tidak ada beza kesannya.

Adakah kita terlalu mengalah dalam hal2 yang besar seperti ini?Sedangkan hubungan yang baik telah lama kita jalankan dan boleh dikira negara jiran ini adalah ADIK-BERADIK kita.(masih sanggupkah kita mengaku?)Kami juga tidak tahu bilakah ini akan berakhir??