Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, October 7, 2010

Menteri Besar terbaik???????????

MB terharu keputusan Mahkamah Rayuan kekal

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob terharu dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung tuntutan ganti rugi hampir RM70 juta daripada Kerajaan Negeri Pahang berkenaan perlanggaran perjanjian konsesi pembalakan.

Adnan berkata, isu itu masih belum selesai dan menyerahkan kepada pasukan peguam kedua-dua pihak menjalankan tugas serta ditentukan oleh mahkamah.

“Saya berasa terharu dengan keputusan itu dan saya bersyukur kepada Allah dengan apa sahaja yang ditakdirkan-Nya.

“Isu sepatutnya tidak selesai di sini. Biarlah pasukan peguam kedua-dua pihak menjalankan kerja mereka dan biarlah mahkamah kita yang adil melaksanakan keadilan dengan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di mana Adnan kini berada di Damascus, Syria.

Berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan itu kelmarin, panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff memutuskan keputusan itu setelah berpuas hati bahawa syarikat itu gagal melepasi syarat rayuan bagi membolehkan ia didengar.

Manakala keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Menteri Besar Pahang tidak perlu membayar ganti rugi hampir RM70 juta kepada syarikat itu kekal.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pahang masih perlu membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000 seperti mana yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2007.

(Cerita lanjut dalam Sinar Harian)

Kami kata:-Kes ini telah berjalan agak lama dan telah memberi banyak makna dan cerita kepada rakyat Malaysia Amnya dan rakyat Pahang khasnya.

Sebelum ini hukuman untuk MB dan kerajaan negeri membayar ganti rugi kepada Syarikat yang terbabit telah dikeluarkan.Dan akhirnya mahkamah rayuan pula mengarahkan yang MB tidak perlu membuat pembayaran kepada syarikat tersebut.

Pada kami,sebarang keputusan yang melibatkan kerajaan negeri atau mana-mana kerajaan adalah perlu ditanggung oleh pihak pentadbiran negeri.Ini termasuklah MB,EXCO dan Ahli yang lain.

Sedangkan dalam KES ini,CUMA kerajaan negeri yang perlu membayar kepada Syarikat tersebut sedangkan MB hanya berdiam diri.Sedangkan pada fahaman kami,sebarang keputusan KERAJAAN NEGERI adalah HASIL PERBINCANGAN MB dan AHLI EXCO yang lain.Kenapa hanya KERAJAAN NEGERI yang perlu membayar,sedangkan MEREKA-MEREKA yang mebuat keputusan tidak dikenakan tindakan?

Jadi kekallah negeri Pahang ini di bawah kuasa mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya pandai melepas tangan apabila ditangkap melakukan SALAH KUASA!betapa beruntungnya rakyat PAHANG!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 6, 2010

Perkasakan bahasa kebangsaan


IPOH 5 Okt. - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memainkan peranan dalam membantu kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam dengan menguatkuasakan Undang- Undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika PBT menguatkuasakan undang-undang itu yang mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, dipercayai tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.(berita lanjut baca SINI)

Kami kata:-Sebenarnya kalau dilihat dalam berita ini,banyak yang boleh di nilai oleh rakyat terbanyak.Kerajaan sekarang cuba untuk MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN.Ini boleh dinilai sebagai satu langkah yang cukup NASIONALIS dan KENTAL untuk memajukan bahasa Melayu itu sendiri. Bukanlah kami ingin menafikan usaha yang dijalankan oleh pihak ini dalam memajukan bahasa melayu.

Tetapi masihkah anda ingat tentang DASAR PPSMI atau Matematik dan Sains dalam BAHASA INGGERIS tidak lama dulu?Kami tidak menentang kepentingan MEMPELAJARI BAHASA ASING sebagai bahasa tambahan.Tetapi kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan BN telah banyak melakukan kesilapan.


Semasa ianya dibentang untuk dilaksanakan,MAJORITI MP dari BN bersetuju(terutama dari UMNO!) supaya ianya dijalankan.Sebahagian lagi dari BN menentang(kebanyakan dari MCA).Begitu juga Parti DAP.Ramai Ahli MP mereka menentang dasar ini(kebanyakannya Cina). tapi lain bagi MP UMNO yang terus menyokong dasar yang dibawa oleh Tun Mahathir tersebut.

Dalam menentang dasar ini(dan dalam diam),orang2 Cina terus mengeluarkan BUKU-BUKU rujukan dan bacaan dalam Bahasa Inggeris.Walaupun mereka menentang,mereka tetap mengaut keuntungan.Orang Melayu?Terus menentang dengan hiruk-pikuk yang BIASA dilakukan seperti DAHULUKALA!Siapa yang untung agaknya?????


Dan sekarang,dasar itu telah ditukar.Setelah BERPULUH BILLION belanja dihabiskan,ianya diberhentikan atas dasar tidak memberi IMPAK BESAR kepada para pelajar.Dan kini siapa yang rugi????Orang Cina?India?Atau Melayu?Dan ramai TOKEY2 BESAR dalam bidang ICT mengaut keuntungan.Orang Melayu,Islam?Tetap sama macam itu juga!


Dan akhirnya BN telah berjaya membelanjakan WANG YANG CUKUP BESAR dalam merencanakan dan memperhalusi hal ini.Siapa yang untung?RAKYAT TERBANYAK?Mungkin tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Atau mungkin juga mereka2 yang mendabik DADA yang MEREKA ITULAH Pejuang Agama,Bangsa dan Tanah Air!!!!!!!!!!!

Friday, September 24, 2010

GEMPAR!Penerokaan hutan di Ulu Tembeling!

Semasa cuti hari raya baru-baru ini,saya berpeluang beraya di rumah sahabat saya yang tinggal di Kg Bukit Mat Daling.Beliau turut membawa saya ketempat yang dikatakan akan DITERANGKAN untuk satu projek pembangunan baru.Di bawah disertakan gambar-gambar semasa lawatan kami itu.....

Ini adalah kawasan tadahan air dan disalur ke kampung yang bedekatan.

Inilah antara paip yang menyalurkan air ke Kg Bukit Mat Daling......


Di sini dapat dilihat pokok telah mula ditebang untuk projek tersebut.....


Manakala gambar ini mungkin menunjukkan tempat para pekerja dalam projek ini akan berehat sepanjang projek ini berjalan.


Ini pula gambar ZON PENAMPAN di sekitar kawasan tersebut.....


Tidak jauh dari situ,aliran anak sungai mengalir lesu disebabkan pembersihan kawasan oleh pekerja projek........

Dan ini antara pokok-pokok yang telah ditanda dan akan diBUANG!

Menurut maklumat dari orang kampung,projek ini telah bermula sebelum bulan Ramadhan lagi.Yang menjadi kerguan,tidak ada papan tanda dinaikkan dan pemberitahuan atau pengumuman tentang projek yang akan di jalankan.

Walaupun menurut pekerja di situ terdapat perancangan yang teliti tentang kerja-kerja yang akan dilakukan,penduduk kampung TETAP RISAU akan kerja yang BESAR KEMUNGKINAN akan menganggu SISTEM SALIRAN air di kampung mereka.

Mereka di sini tidak menggunakan air paip seperti di luar,cuma bekalan air bukit lah yang menjadi sumber mereka memasak,minum,membasuh pakaian dan mandi.Mereka bereka yang mereka amat risau sekiranya bekalan air di tempat mereka akan menjadi KOTOR dan TIDAK SELAMAT digunakan.

Jadi saya,yang cuma suara kecil di Jerantut ini ingin membawa permasalahan penduduk KG BUKIT MAT DALING ke pengetahuan PIHAK BERKUASA.Semoga nasib penduduk KG Bukit Mat Daling akan tetap terpelihara dan terbela.Sekiranya usaha ini mendapat perhatian, Alhamdulillah.Sekiranya tidak,penduduk di KG Mat Daling akan bangun MEMBUAT PERUBAHAN!!!!!!!!

Tuesday, September 14, 2010

Dah lama rupanya.........

TOKEY CINA KUASAI POLITIK MELAYU



KINI JERANTUT AKAN LEBIH GEMPAR DAN SENSASI KERANA AKAN ADA PENDEDAHAN YANG DIBUAT TERHADAP KEPIMPINAN JERANTUT DIKUASAI OLEH TOKEY CINA,SEJARAH KEPIMPINAN PARLIMEN JERANTUT BERMULA PADA TAHUN 1982-BILA WAN BAKAR DIPILIH JADI CALON PARLIMEN MENGANTIKAN SARIF AHMAD,SEMENJAK DARI ITU RAMAI RAKAN2 DAN TOKEY CINA MULA MELETAKKAN TARUHAN DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA SEMUA CALON BN TERMASUK AHLI PARLIMEN BARU...TOKEY CINA JERANTUT MULA MERINTIS DAN MENGINTAI PELUANG UNTUK KEPENTINGAN PERNIAGAAN MEREKA DENGAN PELANTIKKAN AHLI PARLIMEN JERANTUT SEBAGAI TIM.MENTERI BURUH,KELUARHA ENG PEMILIK KILANG GETAH DAN TOKEY ROKOK MENJADI PENYUMBANG UTAMA KEPADA KEMPEN PILIHANRAYA 1982 MULA TUNJUKKAN KESETIAAN DENGAN MEMBINA RUMAH KEPADA PEMIMPIN JERANTUT SEGALA KEMAHUAN DAN KEHENDAK DIPENUHI SEGALA KEPERLUAN TOKEY CINA INI JUGA DIBERIKAN KEUTAMAAN(Cerita panjang DI SINI)

Kami kata:-Selamat Hari Raya kami ucapkan pada semua rakan-rakan pembaca dan rakan-rakan blogger.Dah lama tak menulis.Tahun ni editor pulang beraya di kampung isteri di selatan tanah air.

Sesampai di rumah,saya membaca blog2 dlm rangkaian SPU.Wah!terkejut saya.Banyak panas gayanya!Dan dalam membelek2(boleh guna ke perkataan ni dalam baca blog?) terjumpa saya dengan satu petikan dari Blog 'Dunia Sama Rata'.Saya rasa,saya kenal penulisnya.

Petikan diatas ini banyak menceritakan bagaimana Satu Kaum yang ramai menggelarkan mereka 'ULTRA KIASU' dan berbagai gelaran lagi bertapak KUKUH dalam Parlimen Jerantut yang saya kasihi ini.

Sekarang mungkin orang tak terasa kehilangan tanah di depan CIMB bank.Mereka mungkin tidak peduli tentang hilang Taman Bunga di depan kawasan itu.Tapi adakah mereka sedar yang tanah hak milik negeri itu telah dilepaskan pada orang yang sepatutnya?Adakah mereka sedar bahawa akan ada lagi tanah orang Melayu yang terbang ketangan orang lain?

Saya bukanlah orang bersifat PERKAUMAN,tapi ini saya rasa masih penting dalam memastikan kelangsungan orang Melayu selaku penduduk asal di jerantut ini setidak-tidaknya.Kenapa kita masih berdiam diri dengan tindakan yang telah dilakukan oleh PEMIMPIN terdahulu?Adakah kita tidak cukup bijak dalam merencanakan masa depan kita sendiri.

DAN untuk pengetahuan PEMBACA yang budiman,sekeping TANAH lagi yang terletak di antara Jerantut Hill Resort hingga ke Pusat SERENTI Jerantut akan bertukar HAK MILIK kepada ORANG LAIN!

TAHNIAH orang Jerantut!Anda memang bijak memilih!!!!!!!!

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri...


Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang singgah dan berkongsi fikiran disini.Tanpa mengira apa sekalipun fahaman politik anda.Kewujudan kami cuma sebagai wakil kepada SUARA-SUARA kecil yang kurang didengari oleh orang BESAR.Moga Syawal tahun ini akan dapat membawa banyak PERBEZAAN dari sebelumnya!