KUALA LUMPUR, 5 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat hari ini mengakui Malaysia pernah dijajah. Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan pendirian tersebut sekaligus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. "Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. "Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah. "Kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya. "Penasihat British pada waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja, dalam konteks ini nasihat yang diberi harus diikut. "Ia tidak bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat," jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran ketika menjawab soalan tambahan oleh ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. (Baca lanjut di sini) Kalau ikut anak lelaki Pakcik Keling hari tu,Tanah Melayu tidak pernah dijajah.Kita cuma berada di bawah naungan British untuk satu jangka masa yang agak panjang.Tapi bukan DIJAJAH! Sekarang ni TPM pulak kata yang kita ni memang pernah dijajah. Dan kita menyambut merdeka tiap tahun tu ada sebabnya. Jadi kenapa pulak Prof yg seorang itu tidak mengaku kita pernah dijajah?Apakah sebab dia berbuat begitu?Adakah dia ni lebih Pandai dari Prof yg lain?Atau mungkin dia ni juga lebih pandai dari TPM? Jadi saya rasa eloklah dia je yang ganti jadi TPM kat Malaysia ni.Dia kan lebih pandai? Tapi kalau orang pandai macam Prof ni pun nak menipu,apa guna dia jadi rujukan masyarakat?Dia dibayar gaji atau elaun tinggi2 tu untuk menipu dan memutar belit fakta ke? Siapa yang suruh?Pecat je lah! |
Hit Counter
Wednesday, October 5, 2011
Muhyiddin akui Malaysia pernah dijajah
Tuesday, October 4, 2011
Engkar perintah??????
Penjawat awam mesti berkecuali
KUANTAN 3 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, penjawat awam di negara ini perlu mengekalkan sikap berkecuali dalam melaksanakan tugas mereka.
Titah baginda, penjawat awam yang profesional tidak akan menyokong mana-mana parti politik, sebaliknya hanya menjalankan tugas masing-masing berasaskan dasar yang telah ditetapkan.
"Beta tidak mahu melihat setiap perkara atau tugas yang dibuat oleh penjawat awam dipolitikkan, kerana ini akan menyusahkan rakyat dan melambatkan rancangan serta pelaksanaan program-program pembangunan yang telah dirancang.
"Oleh itu, setiap penjawat awam perlu komited dan mendokong aspirasi kerajaan hari ini," titah baginda pada Majlis Perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-14 di sini, hari ini.
(Sumber dari sini)
Dalam keratan akhbar ini Sultan Pahang sendiri telah menegaskan yng kakitangan kerajaan tidak menyokong mana-mana parti politik kerana mereka adalah tertakluk kepada undang-undang dan mutu kerja yang sepatutnya.
Tapi kalau dilihat di Jerantut ni ada sikit berbeza sebenarnya.Kakitangan kerajaan yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja yang diberi tekanan dan amaran.Tetapi kakitangan kerajaan yang terlibat dengan BN adalah tidak langsung dipedulikan dan mereka dibiarkan terus melibatkan diri dalam Politik secara aktif.
Kalau dilihat pada Organisasi Kerajaan mana sekalipun dalam Jerantut ini,semuanya adalah begitu.Tak percaya pergi lah ke JKR,Bomba,Polis(tentu sekali)dan yang paling ramai di PPD(Guru Pembina Bangsa).
Kebanyakan AJK Bahagian UMNO adalah samada mereka yang ada bisnes sendiri atau pun Guru-guru di Pejabat Pendidikan Daerah.
Jadi adakah mereka ini tidak mengikut aturan dan peraturan?Besar manakah mereka ini semuanya?????
Subscribe to:
Posts (Atom)