Dekati tinggalan sejarah negara
PULAU TAWAR – Pendedahan secara langsung terhadap tinggalan sejarah terdahulu kepada generasi muda perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi penghayatan dan pemahaman mereka mengenai sejarah kemerdekaan negara.
Penghulu Mukim Pulau Tawar, Amir Hamzah Othman berkata, dalam usaha membantu menambah pemahaman bermenjadi lokasi tumpuan terutama dalam kalangan penuntut untuk mengadakan lawatan bagi mengenang kembali susur galur sejarah perjuangannya.
Menurutnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Masjid Kedondong selaku badan dilantik menjaga makam pahlawan itu amat berbesar hati menerima kunjungan pelawat.
“Bersempena sambutan bulan kemerdekaan baru-baru ini, kunjungan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) membolehkan generasi baru didedahkan dengan pelbagai sejarah lalu terutama berkaitan Mat Kilau.
“Jika dahulu mereka hanya belajar melalui buku, namun kehadiran pelawat ke Pulau Tawar membolehkan susur galur sejarah dan tinggalannya dapat dilihat dengan lebih dekat. Ia antara ilmu dan pengalaman yang tiada nilainya,” katanya di Program Gotong-Royong Pelajar UMP di Makam Mat Kilau, Pulau Tawar, baru-baru ini.
(Sumber dari Sinar Harian)
KK:-Sebenarnya memang orang Jerantut yang tahu di mana makam Tokoh yang boleh dikata terbilang di dalam Daerah Jerantut ini.
Tapi bagaimana agaknya kalau orang yang tak pernah hadir kesini?Adakah mereka yang contohnya tahu bagaimana nak pergi ke Makam Mat Kilau ni kalau datang bersendirian?
Setahu saya tidak ada Papan Tanda samada dari arah Temerloh (Highway.Kuala Lumpur,Selangor dsb) atau dari arah Maran (Kuantan,Terengganu).
Bagaimana orang nak tahu pasal Makam Tokoh ini.Dan di Kampung Pulau Tawar sendiri,tidak banyak mercu tanda atau pembangunan yang nyata pasal pelancongan ni padahal Makam seorang Tokoh yang dikira BESAR terdapat di sini.
Dan lagi satu.Bukankah Mat Kilau ni dulu di kira pengkhianat dan menjadi buruan oleh orang-orang PUTIH yang berkuasa di Pahang sebelum merdeka?
Nak kira macam mana tu?
Hit Counter
Wednesday, September 28, 2011
Saturday, September 24, 2011
UMNO tidak bincang isu hudud
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, UMNO juga tidak perlu membalas kenyataan yang dikeluarkan mana-mana pemimpin pembangkang berhubung perkara itu.
"Tanyalah Pas kerana merekalah yang ingin melaksanakan hukum hudud, negeri berkebajikan atau apa sahaja yang mahu dilakukan mereka.
"Kenapa perlu tanya saya (UMNO) kerana itu merupakan agenda mereka dan kenapa UMNO perlu membalas kenyataan sedemikian yang dikeluarkan Pas sendiri," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka KDN di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
(Berita lanjut di sini)
K.K:-Ini bermakna bahawa UMNO bukanlah mendahulukan apa yang berkait dengan Islam.Cuma yang menjadi perjuangan mereka ialah apa yang boleh menguntungkan mereka.
Campur tangan pihak asing?
Dua,tiga purnama yang lepas ada satu kes yang saya rasa agak besar berlaku di Kg Bukit Mat Daling.
Ini pasal campur tangan pihak asing atau pihak luar dalam urusan sekolah di kampung ini.Ini diakui oleh beberapa orang guru dan orang kampung yang kami temui baru-baru ini.
Sudah ramai guru-guru yang menjadi mangsa keadaan apabila mereka dihantar untuk berkhidmat di sini.Mungkin bukan semua orang kampung yang bersikap demikian tetapi terdapat sekumpulan orang yang merasakan mereka itu lebih dalam segala-gala hal.
Permasalahan yan wujud di dalam sekolah sepatutnya di selesaikan di dalam sekolah dan bukan dibawa hingga ke peringkat 'ANTARABANGSA'
Cuma yang menambahkan masalahnya adalah campurtangan seorang GURU BESAR dari sekolah lain yang cuba mengatasi GURU BESAR di sekolah tersebut.'GURU BESAR' ang dikatakan berketurunan DIRAJA ini dikatakan telah mempengaruhi dan menghasut orang kampung (yang mempunyai pertalian darah dengannya) untuk mengacau dan mengeluarkan ADUAN-ADUAN bertujuan untuk memburuk-burukkan pihak sekolah.
Kalau perkara seperti ini berterusan,maka payahlah pelajar dan penduduk di Lembah Tembeling ni.Dah lah tak ramai guru yang berminat untuk mengajar di sana.Ditambah pulak dengan hal-hal seperti ini,mungkin akan mengurangkan lagi minat cikgu untuk mengajar di sana.
Tapi itu pandangan sayalah.Orang lain tak tau lah macam mana.Lagipun saya bukan cikgu!Manalah saya tahu perasaan dan hati mereka?
Amacam?????

Subscribe to:
Posts (Atom)