Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, February 28, 2011

Kerdau oh Kerdau!


Assalamualaikum.

Dah lama saya tak bercerita tentang PENDAPAT SAYA di kalam ini.Bukan apa,kadang-kadang rasa MENYAMPAH datang bila ada yang TERLALU BIJAK berbicara tanpa mengira KAUM dan BUDAYA,tanpa mengira MIMPI dan NYATA,tanpa mengira MUSTAHIL dan LOGIKA.

Tapi takpelah.Itu pendapat dan BUAH FIKIRAN masing-masing.Apa yang boleh kita buat?Kalau tak tahan sangat pun kita cuma boleh buat BODOH aje!!!!!!!

2,3 hari yang lepas saya ke Bandar Temerloh untuk urusan kerja dan membeli-belah(barang dapur aje!)Dalam perjalanan pergi,saya terhenti untuk jangka masa yang tak begitu lama di Pekan Kerdau.Itu sebenarnya biasa kalau ada PRK di kawasan tersebut.Tapi lagak kali ini agak berbeza.Rupa-rupanya Jalan UTAMA menghala ke Temerloh sedang dibaiki.Oh!Baguslah. Untung orang-orang di Kerdau.

Dalam perjalanan pulang pula,saya turut berhenti di tempat yang sama.Weh!Panjang rupanya jalan yang dibaiki tu!Ingat dekat aje!Jadi,sekali lagi saya kira orang KERDAU amat beruntung!
Kenapa saya cakap macam tu?

Ye lah,sejak tahun 2008 lagi mereka tak dapat yang dibaiki di kawasan itu.Mungkin budget masa tu tak ada.Tup-tup Yang Besar meninggal.Dapat lah jalan itu dibaiki.Jadi nampaknya jalan itu sudah masuk dalam budget.Kalau bukan pun Budget Negara,tentu Budget PRK Kerdau.
Makanya,kesusahan rakyat terbanyak ini cuma akan nampak semasa PRK dan PRU sahaja.

Saya rasa Jalan ke Ulu Tembeling tentu lebih cepat siap kalau adanya PRK DUN TAHAN.Ke bukan begitu?Tak tahulah pulak.Sebab bukan apa,saya duk tengok asal ada je PRK,maka berduyun-duyun lah LORI dan JENTERA datang ke tempat tersebut.Maka,beruntunglah orang setempat.

Mungkin ada betulnya kata seorang VETERAN UMNO kepada saya bahawa,sekarang ni ramai rakyat yang mendoakan Yang Boroi mereka meninggal supaya senang mendapat peruntukan baru.dan ramai juga Ahli Besar parti Yang Besar itu berdoa sama,supaya mereka pulak dapat naik jadi calon.Dan mungkin juga ada ahli perniagaan atau KONRAKTOR yang berdoa supaya Yang Besar cepat mati supaya mereka dapat Projek dalam PRK tersebut.

Siapa yang untung?Kalau nak kata rakyat,saya kurang setuju.Sebab nampak sangat YB,YB ini bekerja cuma waktu PRK atau PRU dan waktu menagih UNDI sahaja!

Jadi siapa yang UNTUNG????????

2 comments:

Anonymous said...

Harap harap Dun Tahan cepat mati. Boleh diadakan PRK di Dun Tahan pulak.Bolehlah orang di Ulu Tembeling dapatkan jalan raya cepat.

N9 TAHAN said...

Anon 9:52,

Jangan kata begitu.Nanti orang kata orang PAS macam saya mendoakan supaya YB UMNO cepat mati pulak.Jadi kes pulak esok lusa.

Tapi pandangan tuan adalah hak milik peribadi tuan.Saya tak boleh nak kata apa!