Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Sunday, January 16, 2011

Apa masalahnya?

PAKATAN mengada-gada atau Umno / BN penakut?????


GABUNGAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT melancarkan rasa tidak puas hati dengan mengedarkan Kertas Edaran kepada pengunjung Pasar Malam Hari Selasa (PASAR) di Bandar Inderapura untuk bersama rakyat yang berasa tertekan dengan kenaikan harga barangan kebelangan ini.

Edaran tersebut menyatakan Kenaikan Harga Barang 4 Dalam 1 pada 4 Disember lepas memang tidak boleh diterima akal.
Kenaikan RON 95 naik 5 sen, Disel naik 5 sen, Gas naik 5 sen, Gula naik 20 sen kemudian baru-baru ini RON97 naik lagi.
Edaran itu turut menyatakan tindakan menaikkan harga barang seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan ungkapan “ penyelamat subsidi”.(Petikan dari BLOG IDEAKITA)

KK:-Petikan ini saya ambil dari blog yang aktif di Jerantut.Nak tau cerita penuh,baca di blog tersebut.

Kebetulan saya dijemput untuk hadir bersama dalam Program mengedar risalah tentang kenaikan HARGA BARANG di tapak Pasar Malam Inderapura tempohari.Beberapa pihak terlibat.Antaranya ialah PAS Kawasan Jerantut,Dewan Pemuda Pas Jerantut,Dewan Himpunan Penyokong Pas Jerantut dan DAP Jerantut.Jadi pada hari itu terdapat semua wakil kaum utama terlibat secara langsung.

Dan saya antaranya bersetuju dengan beberapa PANDANGAN IDEAKITA di mana,tidak ada langsung wakil dari UMNO atau BN yang turut serta.Mungkin semua orang UMNO atau BN di Jerantut yang KAYA-RAYA kalau tidak pun BERHARI-RAYA.Jadi di sini kita boleh lihat yang TIDAK ADA seorang pun wakil dari BN yang membantah kenaikan harga barangan keperluan harian seperti petrol,bawang dan lain-lain.Kalau begitu,pencapaian apa yang DIUTAMAKAN?

Mungkin sekarang orang kampung selesa dengan harga getah dan sawit yang melambung naik.Jadi mereka tidak kisah akan kenaikan yang boleh dikatakan sedikit kalau dibanding dengan pendapatan mereka.Tapi ada beberapa orang rakan yang berkerja di sektor awam dan mempunyai pendapatan minima sangat merasai kenaikan ini.

Mungkin kali ini rakyat akan dibiarkan bersendirian menanggung kenaikan harga barangan sedangkan ORANG BESAR terus senang dan mewah duduk di atas!

Tapi saya suka melihat bahawa kenaikan harga getah dan kenaikan harga barangan HAMPIR SERENTAK memberi kesan yang sangat besar.Dulu getah harga cuma 50 sen sekilo.Sekarang sudah lebih RM7.00.Tapi kita pulak harga barangan.Kalau dulu GULA cuma RM1.20 sekilo,sekarang sudah lebih RM2.20 sekilo.JADI APA MAKNANYA?????

Jom kita minum teh(kurang GULA) sambil berfikir!!!!

Saturday, January 15, 2011

Cerita minyak masak yang cuba di beli!!!!!!!

Assalamualaikum.

Dah lama saya tak menulis.Maaf,sibuk dengan urusan anak yang masuk meneruskan persekolahan pada awal tahun ni.Jadi kurang masa untuk berjalan-jalan dan menulis.Tapi sejak 2,3 hari kebelakangan ni,saya tersedar satu perkara.

Sudah masuk 2 minggu saya pergi ke kedai-kedai runcit untuk membeli minyak.(kadang-kadang tak sempat simpan stok!)Tapi baru sekali sahaja saya berjumpa dengan kedai yang ada menyimpan stok minyak masak dalam paket.Jadi saya kena juga beli minyak masak dalam botol yang harganya agak mahal.

Dan sekarang baru saya sedar.Minyak masak mungkin akan sampai tahap macam EMAS.Bukan mahalnya tu,tapi susah nak dapat!Itu di Jerantut.Tempat lain saya kurang tahu.Saya sebagai orang yang berpendapatan sederhana sebenarnya agak terasa apabila bekalan bahan makanan atau masakan berkurangan.Dan budget saya akan 'LARI' kalau asyik ulang beli minyak dalam BOTOL ni.Orang lain saya tak tahulah.Mungkin dapat diskaun bila beli minyak dalam botol agaknya.

Yang menjadi kehairanan saya ialah,kita antara adalah negara pengeluar terBESAR minyak sawit.Tapi kenapa bekalan susah nak dapat?Mungkin sebab saya orang kecil.Kalau ORANG BESAR atau ada kaitan dengan orang besar mungkin lebih senang nak dapat.Macam permit MELOMBONG BIJIH di belah Kg Baru sana tu.Dengar ceritanya ada sedara-mara BEKAS ORANG BESAR yang dapat permit!YE KE? Untunglah dia!

Balik semula pada minyak masak.Dalam Jerantut banyak rancangan FELDA dan tanah persendirian yang tanam sawit.Dalam Pahang ni lagi banyak.Ada juga Yang Boroi dapat tanah pun tanam sawit juga.Kenapa tak cukup lagi agaknya????

Mungkin minyak sawit nak jadi macam GULA.Mula-mula banyak,lepas tu sikit.Last sekali NAIK HARGA!Manalah tau kan!!!!!!!

Tapi kita tak perlu bimbang.Bukankah kita ini RAKYAT MALAYSIA yang mana KITA DIDAHULUKAN!