Jangan buang masa - Lian Ker
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tiga belas ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang mahu pemilihan semula parti diadakan, disaran jangan membuang masa dengan terus bermain drama sebaliknya perlu kembali bersatu demi masa depan MCA dan Barisan Nasional (BN).
Salah seorang ahli CC MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, gesaan beliau itu berdasarkan keyakinannya bahawa tiada lagi ahli CC lain yang berminat untuk meletakkan jawatan.
Jelasnya, 13 ahli CC itu perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah kumpulan minoriti di dalam jawatankuasa CC MCA.
''Saya minta mereka semua jangan mengeruhkan lagi keadaan, ketepikan agenda peribadi dan utamakan kepentingan parti,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pendapat kawan:-Sedap dia bercakap dalam berita.Kerja kat Pahang dulu pun tak cantik.Banyak pulak songeh dia.Dia ni dalam dewan negeri dulu suka campur tangan dalam hal ehwal orang Islam,suka memandai-mandai.Tak caya pegi check dalam hansard DUN Pahang tu.Borak,orang buta pun boleh!Sumber dari http://hari-hariku-abangson.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment