Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, December 28, 2009

Janji yang dimungkiri!

Bangunan SAR belum dibaiki


FELDA BUKIT DAMAR - Peneroka di sini kesal kerana atap Sekolah Agama Rakyat (SAR) Nurul Islam yang rosak akibat kejadian ribut pada Ogos lalu masih belum dibaiki dan mengganggu proses pembelajaran murid.

Beberapa peneroka yang ditemui melahirkan rasa terkilan kerana bangunan tersebut sepatutnya sudah siap dibaiki kerana ia berlaku hampir empat bulan lalu dan kini sesi persekolahan baru akan bermula.

Peneroka, Abdul Rani Abd Manaf, 43, berkata, mereka berharap ia segera dibaiki untuk memberi kelesaan dan keselamatan kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan Januari ini.

Menurutnya, pihak yang berkenaan harus mengambil langkah drastik dengan membaiki bahagian yang rosak itu dan tidak membiarkan begitu sahaja.

“Tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula dan bagaimana anak kami mahu belajar. Melihat pada keadaan yang rosak itu, kami tidak yakin membenarkan mereka belajar di sekolah itu. Ia sangat berbahaya dengan keadaan kayu yang hampir jatuh dan atap yang boleh diterbangkan angin pada bila-bila masa.

“Jika berlaku sesuatu kepada mereka semasa sesi persekolahan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Kami berasa kesal dan kecewa kerana hingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Peneroka, Yunus Sulaiman, 36, berkata, dia juga berasa kecewa kerana tiada sebarang tindakan sedangkan rumah peneroka yang teruk dilanda ribut segera mendapat bantuan dan dalam masa dua minggu sudah siap dibaiki.

“Kita perlu menitikberatkan soal pendidikan anak-anak terutama dalam didikan agama. Sekolah tersebut adalah tempat untuk mereka mendapatkan ilmu agama. Keadaan ini menyebabkan sesi persekolahan mereka terganggu. Sekolah ini beroperasi setiap petang selepas mereka tamat sesi persekolahan di sekolah kebangsaan,” katanya.

Generasi kedua Felda, Sahuruddin Muhamad, 29, berkata, dia mengharap agar murid di sekolah itu dapat ditempatkan di bangunan sementara supaya pelajar tersebut dapat meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

Menurutnya, bangunan tersebut tidak selamat dan pihak berkuasa perlu segera mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sesi persekolahan untuk murid di sekolah itu tidak boleh dihentikan buat sementara waktu sebaliknya ia perlu ditempatkan di mana-mana bangunan yang selamat. Jika sesi SAR dihentikan pasti menggangu sukatan mata pelajaran anak-anak,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke bangunan SAR tersebut mendapati pintu pagar tersebut dikunci dan bangunan itu mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut.

Bangunan itu tidak selamat digunakan bagi sesi persekolahan Januari depan dan pihak bertanggungjawab perlu segera membaiki kerosakan bagi membolehkan murid mengikuti sesi persekolahan.

P/S :- Teringat saya kenyataan Datuk Nazri Aziz semasa berdebat dengan Salehuddin Ayub beberapa tahun yang lepas tentang masalah SAR ni.Kata beliau SAR tidak akan ditutup bahkan akan terus dipelihara oleh kerajaan.Nampaknya perkara ini dah tak boleh dianggap benar.tengok sahaja dengan contoh yang dinyatakan di atas.Mana perginya janji kerajaan dan Datuk Nazri Aziz dulu.Adakah ini contoh kerajaan yang boleh diharap?Fikirlah!!!!!!!!!!

Sumber dari:-http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

No comments: