PM ingatkan YB BN hadir Dewan
bhnews@bharian.com.my
NAJIB, Rosmah dan Musa bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah pada Majlis Rumah Terbuka Krismas di Kota Kinabalu, semalam. |
Ahli Parlimen perlu maklumkan Whip jika sertai majlis rasmi ketika sidang: Najib
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang culas menghadiri persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan munasabah kemungkinan digugur sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika memberikan bayangan itu berkata, Ahli Parlimen perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab selaku pemegang amanah rakyat dan satu daripadanya ialah menghadiri sidang dewan.
Sambil menegaskan kehadiran ke Dewan Rakyat tidak perlu menjadi sebahagian daripada pengisian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), Najib berkata, beliau mempunyai pendekatan tersendiri menangani keadaan itu.
"Serahkan kepada saya. Tunggu bila dah dekat masa nak memilih calon pilihan raya nanti, tahulah saya apa nak buat.
Di KUCHING, Najib berkata, BN akan mewujudkan sistem pengawasan dan penyampaian maklumat lebih tepat serta komprehensif bagi menangani isu ketidakhadiran Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berkata, ia perlu supaya Ahli Parlimen tahu pada setiap ketika dewan bersidang, BN perlu ada jumlah anggota yang mencukupi.
P/S :- Tanggungjawab telah diberi oleh rakyat dengan memilih mereka2 ini menganggotai Dewan Rakyat melalui undian.Tetapi kenapa mereka seolah2 tidak ambil tahu dengan tanggungjawab ini.Berbeza dengan kakitangan bawahan dalam perkhidmatan yang akan dikenakan tindakan tegas sekiranya tidak hadir bertugas.Ini adalah sesuatu yang SANGAT TIDAK ADIL!Sepatutnya orang atasan kena tunjuk teladan yang baik pada orang bawahan ni.Ini tak,lagi teruk ada lah.Buang semua MP yang tak peka tu.(Walau dari mana2 parti sekalipun.Kena paham ni!)Tunjukkan tanggungjawab anda!
Diambil dari:-http://www.pemudajerantut.blogspot.com/