Ketika ini saya sedang membaca beberapa akhbar Arus Perdana.Banyak juga berita yang menarik hati keluar dalam akhbar ketika ini.
Sebab saya lebih suka membaca tentang politik,saya lebih banyak menumpukan masa membaca seksyen atau bahagian ini.(Bukan pandai sangat,nak kena belajar lah weh!)
Apa yang saya perhatikan banyak berita-berita yang telah keluar sejak awal minggu lepas masih lagi di keluarkan atau PUBLISH dalam paper hari ni.Ada berita tentang PKR cadang hilangkan KETUANAN MELAYU,ada berita tentang PAS tak setuju pemimpin DAP jadi TPM dan berbagai lagi.
Tapi yang pasti tiada adalah berita TENTANG KENAIKAN HARGA PETROL DAN BARANGAN.Padahal ianya baru diumumkan malam semalam,beberapa jam sebelum harga barang-barang tersebut DINAIKKAN.
Kenapa agaknya?Tapi saya rasa kita tak perlu nak buat BICARA UMUM atau bincang secara umum.Memang kerajaan yang ada sekarang sudah begitu.Kalau berita yang menguntungkan mereka,mereka akan ulang berpuluh-puluh hari.Tapi kalau berita itu akan membawa kesan negatif pada mereka akan cepatlah pula berita itu dilupuskan dari dada-dada akhbar.
Siapa yang untung?Siapa yang rugi?Tak tau nak cakaplah.Yang pasti kita sebagai rakyat,tak kira AHLI UMNO,PAS,PKR,MCA,MIC,DAP dan sebagainya kena terima dan hidup dengan segala kenaikan tersebut!
Ke ada kelebihan kalau jadi AHLI BN?Mana lah tau,tunjuk kad AHLI BN boleh dapat DISKAUN HARGA MINYAK?Bagus juga!

ISA wajar diguna terhadap pengkritik Ketuanan Melayu: Peguam
KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.
Beliau berkata, apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, apatah lagi dalam satu kongres yang turut dihadiri bukan Melayu, ia bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.
"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya. (Berita di sini)Ulasan:-Apabila kita membuat satu-satu kenyataan dalam akhbar misalnya,beberapa perkara handaklah diteliti terlebih dahulu.Di dalam keratan akhbar ini menyatakan bahawa tindakan perlu diambil kepada mereka-mereka yang mempertikaikan hak dan kuasa Raja-raja Melayu antaranya.
Kita nampaknya sudah lupa yang UMNO dan BN pernah menghina Intitusi Raja Melayu semasa mereka diketuai oleh Tun Dr Mahathir tidaklama dahulu.Kenapa sehingga sekarang tidak ada satupun tindakan yang diambil oleh PERUNDANGAN terhadap mereka yang terlibat?
Dan setelah PRU 12 berakhir,satu golongan(YANG KAMI PASTI DARI UMNO)telah menolak cadangan dan pilihan MB Terengganu yang baru.Itu ialah pilihan pihak Istana Terengganu yang diketuai oleh Sultan Terengganu yang mana pada masa yang sama adalah YDP Agong.
Kenapa tidak ada sedikit pun laporan dan tindakan yang TEGAS diambil ke atas mereka ini?Adakah kerana mereka ini UMNO atau BN?Di manakah keadilan yang sebenarnya?Ini bukan setakat mengkritik,malahan terus MENGHINA Raja-raja melayu?
Inikah yang dikatakan sebagai 2 SET UNDANG-UNDANG?
-http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/
Setiap kali saya baca,rasa nak tergelak saja!
Mari kita tengok,sapa yang kena?????
Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok
KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.
Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.
P/S:-Pandai sungguh Pihak Berwajib(KERAJAAN) bermain kata-kata.Dia kata subsidi barangan akan mula dikurangkan esok.Kita sebagai Pengguna dan Rakyat kena tahu 1 benda.Ianya adalah SAMA dengan KENAIKAN HARGA bagi barang-barang yang telah disebutkan diatas.
Baru-baru ni harga RON97 naik.(masa BN sibuk menang di GALAS hari tu)Dan sekarang menyusul pula RON 95 dan DIESEL.Kalau semua benda ni naik harga,semua barang lain akan turut naik harga!
Minyak naik kali ni tak ada pulak kait dengan kenaikan harga minyak dunia!Macam mana pulak kena naik minyak padahal harga dunia tak naik pun?Dan untuk masyarakat Malaysia Amnya dan Rakyat Jerantut KHASNYA,kita semua perlu berterima kasih kepada kerajaan yang benar-benar telah membuktikan yang RAKYAT DIDAHULUKAN(rakyat kena dulu!)
Tahniah Rakyat Malaysia!(cerita di sini)
Kami kata:Patutlah deme bunyi kuat benor pasal Ketuanan Melayu.Rupanya ada benda yang lebih penting nak keluar!nak cover yek?
Dua,tiga hari ni agak kecoh tentang KES Ketuanan Melayu.Ada pihak yang cuba nak mengurangkan HAK ketuanan Melayu dan ada pulak pihak yang cuba nak MEMPERTAHANKAN Ketuanan Melayu.Dan tentunya mereka-mereka ini dari 2 pihak yang BERTENTANGAN idea dan falsafah perjuangan.
Dan pada saya sebenarnya,mereka ini semua asal dari RUMPUN YANG SAMA!Mungkin tak ramai yang ambik peduli hal yang kecil seperti itu.(samalah macam suara KECIL juga,tak begitu dipedulikan!)PKR itu berasal dari UMNO pada mulanya.Setelah Pemimpin De Facto mereka TERlempar keluar,maka mereka menubuhkan Parti Keadilan Nasional(Nama hampir sama BARISAN NASIONAL??)Dan setelah beberapa lama,mereka pun bergabung dengan SEBAHAGIAN AHLI dari PRM(Parti Rakyat Malaysia) untuk membentuk PKR.
Dan UMNO pulak dah lama tertubuh,cuma layak didaftarkan semula sebagai Parti UMNO(baru) setelah perpecahan yang terjadi dalam tahun 80an dulu.Setelah itu lahirlah sebentar Parti yang bernama PMS46.Mereka berjaya dalam sama-sama memerintah Kelantan pada tahun 1990.Dan setelah agak lama berada di luar UMNO,semua ahli didahului oleh PEMIMPIN UTAMA yang mengatakan "AKAN MEMBAWA BENDERA PMS46 WALAUPUN HANYA TINGGAL DIA SEORANG" rujuk semula dengan UMNO.
Kini mereka terus memperjuangkan Ketuanan Melayu.Saya masih teringat sebuah lagu semasa menghadiri Kursus BTN tidak lama dahulu.Ada liriknya berbunyi begini:-
'Kini kita hanya tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati,bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri,'
Kalau dilihat pada bait lagu tersebut,seruan itu telah lama dilaungkan.Tapi kenapa masih belum ada SAHUTAN yang jelas dari orang-orang Melayu?
Kalau dilihat pada pencapaian ORANG MELAYU di Jerantut sendiri,mungkin ramai yang dapat menilainya.Sejak beberapa lama dahulu(mungkin dari mula merdeka lagi) tidak ada ramai bangsa lain yang MEMEGANG KUASA di sini.Kalau ada sekalipun cumalah di beberapa DUN,dan sekarang cuma tinggal 1 DUN sahaja iaitu DAMAK.Jerantut pernah ada MENTERI,TIMBALAN MENTERI,EXCO NEGERI PAHANG(Kalau tak silap 2 orang) dan macam-macam lagi.Kalau dalam Parti pulak sampai ada EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA!
Tapi macam mana dengan ketuanan MELAYU di Jerantut?Orang Melayu jadi TUAN apa di Jerantut?Tuan Kedai?Mungkinlah ada 2,3 kerat.Tuan Tanah?Kawasan Bandar ni rasanya ada juga 2,3 kerat.Cuba bandingkan Perniagaan Orang Melayu dengan Kaum Lain di sini.Nampak perbezaannya?Takkan tak nampak kut?
Jadi mana hasil KETUANAN MELAYU di Jerantut?Kalau KETUANAN HARTA MELAYU pun kurang,apa lagi KETUANAN MELAYU tu?
Ketuanan Melayu di Jerantut?Hehehehehehe.........