Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, January 7, 2010

Berita tak sedap dengar!!!!!!!!!!!!!!!!

Hapus Cola jejas pretasi sektor awam: Cuepacs

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.

“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.

Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.

P/S :-Hah!Dah ada yang bunyi ni.Macam mana kalau jadi betul?Kakitangan peringkat bawahan tentu bertambah pening kepala mereka.Mana baru bukak sekolah,sikit lagi nak masuk IPT pulak.Makin derita lah rakyat kita ni.Nama je negara kaya.Minyak ada,sawit ada,kayu ada macam2 lagilah.Tapi kayu macam kat Jerantut ni ada geng2 tertentu aje yang sapu.Alasan nak buat projek,tapi lepas kayu dah keluar,hampas pun tak ada.Nak buat macam mana,PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT lah katakan!

Diambil dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

Tuesday, January 5, 2010

Tak tahu mana satu yg betul!

Jangan terpengaruh dengan orang luar

BANDAR BARU –: Penduduk di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) 410 dekat sini dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri mahu mengambil alih tanah di kawasan berkenaan untuk tujuan pembangunan pada masa akan datang.

:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, banyak aduan diterima di pejabatnya dari penduduk di sini, yang tidak berpuas hati dengan kehadiran pihak yang mendakwa kerajaan negeri mahu mengambil alih tanah penempatan mereka.:

Menurutnya, dakwaan itu adalah salah sebaliknya pihak swasta yang berminat untuk mendapatkan tanah di kawasan perumahan berkenaan untuk projek mereka.:

“PAKR 410 adalah perumahan mampu milik kos rendah oleh kerajaan negeri terbesar di daerah ini, dan dan ini projek terakhir yang membolehkan pembeli berurusan secara terus dengan kerajaan tanpa melalui bank.

“Pihak swasta yang berminat mendapatkan tanah kawasan perumahan berkenaan menawarkan penduduk dengan pelbagai janji dan juga akan menggantikan penduduk ke suatu lokasi penempatan lain jika mereka bersetuju,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, ia hanyalah projek pihak swasta yang dilakukan adalah atas dasar perniagaan, berharap penduduk dapat berfikir secara mendalam dan serius terhadap apa yang ditawarkan.

“Jika penduduk berminat dengan apa yang ditawarkan, itu adalah hak mereka dan membuat perbincangan serta muafakat untuk mengatasi masalah yang berlaku dengan baik.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan penduduk sendiri datang mengadu kepadanya dengan beranggapan mereka akan berhadapan kesusahan apabila kerajaan negeri ingin memindahkan lokasi penempatan mereka.

Menurutnya, isu yang wujud itu adalah tidak berasas dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri, ianya hanya bermotifkan perniagaan memandangkan lokasi berkenaan mempunyai potensi yang baik.

“Saya tidak boleh menghalang kerana semuanya atas budi bicara penduduk, namun saya amat mengharapkan agar setiap keputusan yang mahu diambil hendaklah dilakukan secara muafakat, supaya segala masalah dan kesulitan dapat dielakkan dan tiada masalah berbangkit kelak,” katanya.


Kami kata:-Perkara ni dah dengar lama dah.sebelum ni cuma dianggap KHABAR2 ANGIN je.Tapi kalau dah boleh kata sampai hari2 datang,org pun NAIK ANGIN! Gitulah nasib org MELAYU di Jerantut ni.YB Damak bukan orang MELAYU,dalam DUN pun jarang cakap pasal orang MELAYU Jerantut.ADUN MELAYU lain nampak gayanya buat2 tak tahu je!Kenapa agaknya?Takkan PEMIMPIN GAGAH dah tak berani nak bercakap?Ke dah kena suap.Tanah yang cantik depan CIMB Jerantut pun lepas ke tangan orang lain,ini pulak tanah tak berapa nampak!Mungkin PROJEK SILANG kut?

Pemimpin gagah perkasa!!!!!!!!!

Isu kalimah elak jadi rusuhan Natrah


AHMAD Zahid menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid sekolah rendah kawasan parlimen Bagan Datoh semalam. - Foto Abu Bakar Sidek

Sensitiviti ummah perlu dihormati: Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat Islam berhubung penggunaan kalimah 'Allah' bagi mengelak tercetus sebarang kemungkinan atau ketegangan.

Katanya, negara tidak mahu peristiwa rusuhan Natrah yang mencetuskan ketegangan antara Islam dan Kristian di Singapura pada 12 Disember 1950 berulang jika penggunaan kalimah 'Allah' dieksploitasi oleh pihak tertentu.

Rusuhan di republik itu tercetus berikutan keputusan mahkamah mengeluarkan arahan agar Natrah atau nama asalnya, Bertha Hertogh @ Maria Huberdina Hertogh yang diserahkan dan dijaga oleh keluarga angkat Islam, dikembalikan kepada ibu bapanya.

Ahmad Zahid berharap semua pihak menghormati sensitiviti umat Islam kerana kita perlu menghormati agama lain.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.

Ahmad Zahid berkata, beliau hairan mengapa akhbar mingguan itu bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.

"Saya meragui ada pihak mempunyai tujuan tertentu hingga mendorong pendakyah bukan Islam mahu menyamakan Allah dengan 'Tuhan' mereka," katanya.

Beliau turut mengajak tokoh ulama serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersatu menangani isu berkenaan.

P/S :- Saya sokong penuh keputusan mempertahankan nama ALLAH dari sewenang2nya digunakan oleh org bukan Islam.Tapi hal2 lain seperti dakwaan Mufti Perak sedikit masa dahulu tentang kadar murtad tidak pula mendapat perhatian dari Menteri atau orang berkuasa tertentu.Cuma sesetengah orang kecil yang mempertikaikan perkara ini.Kenapa kurang org2 BESAR ini bersuara?Saya juga pernah mendengar wujudnya GEREJA MELAYU di Lembah Kelang.Adakah perkara ini benar?Mengapa tindakan tidak diambil?Adakah ini juga dikira menghormati agama lain?

Diambil dari :-http://pemudajerantut.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

Tak sedar je!!!!!!!!!!

'Bukan alasan naikkan harga'


ABDUL Khasani Musa menaikkan notis harga makanan dan minuman di warungnya yang masih kekal ketika tinjauan di sekitar Kuantan, semalam.

Kos tambahan ditanggung pengusaha makanan, minuman terlalu kecil

KUALA LUMPUR: Industri pengeluaran makanan dan minuman tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengeksploitasi kenaikan harga gula dengan menaikkan harga makanan dan minuman pada kadar yang membebankan pengguna kerana ia hanya menyebabkan peningkatan kos pengeluaran maksimum sebanyak lima sen.

Bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga pada kadar yang melampau, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dijangka mengadakan dialog dengan persatuan peniaga makanan dan industri tenusu, Jumaat ini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, menegaskan kenaikan maksimum lima sen itu diperolehi berdasarkan pengiraan kandungan gula dalam pengeluaran makanan dan minuman oleh kementerian itu.

"Adalah keterlaluan jika ada peniaga menaikkan harga makanan dan minuman pada kadar yang membebankan. "Lagipun kos tambahan yang ditanggung peniaga atau pengeluar hanyalah pada kadar maksimum lima sen sahaja," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kebimbangan pengguna berhubung kenaikan harga barang disebabkan peningkatan harga gula yang berkuat kuasa kelmarin.

P/S :- Sedar tak sedar,harga gula dah naik.Oleh itu ada pihak yang akan cuba utk menaikkan harga barang.Tapi orang tak perasan biasanya sebab banyak lagi HAL BESAR yang sedang BERLAKU dalam masa yang sama.Contoh,enjin jet hilang,kemasukan ke sekolah,gereja dan macam2 lagi.Jadi hal ini tak masuk dalam senarai PENTING perhatian rakyat.Tapi nak buat macam mana,kan Malaysia Boleh!Semua boleh.Naik harga boleh,kena tipu boleh,lektrik naik,air naik pun boleh.Hemmm.Tak tahulah!

Sumber dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru!!Kena lagi...............

Harga gula naik 20 sen

PUTRAJAYA: Harga runcit gula di pasaran tempatan dinaikkan 20 sen sekilogram berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Beliau berkata, harga runcit baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sen sekilogram, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.75 sekilogram.

“Kerajaan mengambil langkah itu berdasarkan faktor sosioekonomi dan harga gula mentah di pasaran dunia yang kini mencecah RM2.20 sekilogram berbanding RM1.35 sekilogram ketika kontrak jangka panjang bagi 2009-2011 ditandatangani dengan pembekal gula antarabangsa sebelum ini.

“Langkah itu juga bertujuan mengurangkan subsidi yang terlalu tinggi terpaksa dibayar kerajaan kepada pengilang gula setiap tahun bagi memastikan harga runcit bahan itu sentiasa stabil,” katanya pada sedia media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara Asean lain termasuk Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (RM3.05 sekilogram), Indonesia (RM3.40 sekilogram) dan Filipina (RM3.62 sekilogram).

Malah, beliau berkata rakyat di negara ini mungkin terpaksa berdepan kenaikan harga gula sebanyak RM1 sekilogram jika kerajaan tidak memberikan subsidi.

Katanya, jika kerajaan mengekalkan harga gula pada paras lama, iaitu RM1.45 sekilogram di Semenanjung dan RM1.55 di Sabah dan Sarawak, jumlah subsidi terpaksa ditanggung adalah se RM1.26 bilion setahun.

Beliau berkata, kajian kementerian juga mendapati kenaikan harga gula juga akan memberi kesan minimum terhadap peningkatan harga barang makanan yang mempunyai kandungan gula seperti susu cair, teh tarik dan minuman dalam tin.

"Misalnya, secawan teh tarik atau kopi yang kita anggarkan mempunyai kandungan gula sebanyak 40 gram akan menerima kesan kenaikan harga sebanyak 0.8 sen.

"Kementerian akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati," katanya.

Beliau berkata mulai hari ini, kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan.

P/S :- Selamat tahun baru!!!Ucapan untuk semua rakyat 1 MALAYSIA.Semoga kita akan terus bersama kerajaan BN sehingga kiamat!!!!Program PERMATA dirancang semasa ekonomi belum pulih.Nak laksana perlu modal yg SANGAT BESAR! Prasekolah kan dah ada?Tapi mungkin org tak nampak kaitan antara ini dengan kenaikan pelbagai barangan pengguna.Mungkin sebab GST kut?Bonus untuk kakitangan kerajaan tak ada.Tapi tetap nak tubuh pasukan F1 1Malaysia!Bukankah itu 1 pembaziran yg sangat nyata?Tak boleh fikir ke?Pemimpin apa macam ni?Inikah yang digelar tradisi membela rakyat?Terus lah menipu!Mudah-muahan BN akan jatuh dalam PRU13 nanti!Kitalah rakyat yang menumpang dan ditekan di negeri sendiri!!!!!!!!!!!!!!