Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, December 14, 2010

Keadilan dalam PENTADBIRAN??????

Beberapa hari yang lepas,penulis berkunjung ke rumah seorang sahabat yang menetap di Kg Bukit Genting yang letaknya dalam kawasan yang digelar Jerantut Hilir.penulis pasti ramai penduduk Jerantut yang tahu tentang kedudukan kampung terbabit.

Dan semasa berkunjung ke situ,penulis sempat bertemu beberapa orang lagi sahabat handai yang agak lama tidak bertemu muka.Ada yang masih menetap di situ dan ada juga yang telah bermastautin ditempat lain.

Satu perkabaran terkini yang saya dengar dari penduduk kampung ialah PEMBUKAAN TANAH BARU dan PERMOHONAN BARU untuk mendapatkan tanah bagi tapak rumah di kawasan yang berhampiran dengan SEKOLAH kampung tersebut iaitu SK TEBING TINGGI.

Tanah yang SEPATUTNYA dibuka itu boleh DIPOHON oleh PENDUDUK SETEMPAT yang masih belum atau tidak mempunyai tanah bagi tapak rumah mereka.Tapi atas sebab apa,ramai diantara mereka yang TIDAK MENGETAHUI Permohonan telah di buka.

Menurut cerita orang PENGHULU yang BERTANGGUNGJAWAB tidak mengumumkan HAL ini kepada penduduk setempat.Dia lebih mendahului RAKAN-RAKAN dan SAUDARA MARA belah WAN dia tu.Jadi melepas lah orang KG Bukit Genting dan kawasan yang sekitarnya.

Sahabat ini turut memberitahu yang ada INDIVIDU yang MENETAP di Kuala Lumpur turut diluLUSKAN permohonannya.Jadi apa sudah jadi?Bagaimana pula dengan sedara-mara pembesar sepertiTok Empat kawasan yang terlibat.Adakah mereka juga mendapat LABA dari hal ini.

Nampaknya,pentadbiran dan pengurusan di Jerantut ini masih lagi bersifat hanya MEMENTINGKAN golongan tertentu sahaja.JADI beruntunglah mereka-mereka yang ada hubungan dengan ORANG-ORANG BESAR ini.

Dengan ini maka akan jadilah kita seperti adegan dalam FILEM TAMIL dimana yang miskin akan terus papa kedana dan kaya akan terus MENGUMPUL HARTA!

Yang pasti mereka ini TENTUNYA OKU(Orang Kuat UMNO)!Untung betul MEREKA!
Tapi,jangan sampai tanah kubur tak ada sudahlah.Payah pulak nak kebumi esok!

3 comments:

one one no belen said...

Salam sesungguhnya memang sudah tidak ada keadilan lagi didunia ini.Keadilan hanya berada didalam kamus dewan bahasa

chenerong ular said...

salam, keadilan mungkin hanya tinggal nama sedikit masa lagi, keadilan yang pasti kita tempuhi nanti ialah di alam lain. itu yang pasti adil ?

N9 TAHAN said...

Bukan apa,orang seperti rakan saya yang masih tidak ada tanah walaupun untuk tapak rumah memang picit kepala banyak kali la.Ingat ada la peluang nak dapat,tapi nak mohon pun dah terlepas tarikh.Dah la tu,orang hak duk KL pulak boleh dapat.Memang marah la.Tapi kalau sampai merah muka sekalipun,bukan dapat dah nak MEMOHON.Tunggu lain kali,itu pun kalau ada nafas lagi.