Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, March 31, 2011

Pengkhianat Bangsa dan Tanah Air!!!!!

TEMERLOH, 31 Mac - Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob dikritik kerana tidak mengendahkan perasaan rakyat sekitar kawasan Jerantut apabila meluluskan kawasan tadahan air untuk penebangan balak. “PAS membantah keras kelulusan kawasan tadahan air yang telah digazetkan sebagai hutan simpan Jerantut (tambahan), petak 11A, 3A dan 15A sebagai kawasan pembalakan. Kawasan tadahan air ini melibatkan berpuluh kampung dan akan memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata Kerajaan Negeri tidak wajar luluskan kawasan untuk pembalakan yang telah diwartakan sebagai tadahan air kerana ia akan mendatangkan risiko kekeringan sumber air, pencemaran sumber air penduduk dan juga kerosakan alam sekitar yang menjadi sumber pendapatan utama bagi masyarakat asli di sekitar kawasan tersebut. “Jangan hanya tengok atas pelan dan perasaan rakyat langsung tidak diendahkan. “PAS desak kerajaan batalkan kelulusan ini atau rakyat akan adakan demo sekiranya bantahan ini tidak dipedulikan,” tegasnya lagi.

(Berita dari Pahang Daily)

KK:-Ini dah keluar dalam Blog PDO.Menurut sumber yang didapati,memang terdapat penerokaan seperti yang dinyatakan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Persoalannya di sini ialah:-

1.Tidak adakah apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berwajib dalam mengani Hal ini.Ini adalah berkaitan terus dengan kehidupan penduduk di sekitar tempat terbabit dan rakyat Jerantut juga secara keseluruhannya.Tidakkah tindakan ini akan membawa kesan buruk kepada Alam sekitar dan terutama sekali BEKALAN AIR dari Sungai Pahang?

2.Apakah lagi harapan yang boleh disandarkan kepada pimpinan BERKUASA sekiranya perkara seperti ini tidak dapat ditangani dengan baik dan cekap?Adakah pemimpin sekarang tidak mementingkan keutamaan RAKYAT BAWAHAN?

Jadi,anda baca dan anda fikir!

Sunday, March 27, 2011

Negara tidak STABIL????????

Negara perlu kestabilan politik, kesinambungan pemerintahan: Najib


MUAR: Perdana Menteri berkata, negara memerlukan kestabilan politik dan kesinambungan pemerintahan untuk mencapai matlamat dan visi negara yang selama ini ditadbir urus dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Najib Razak, berkata kejayaan negara adalah sesuatu yang disusun dengan rapi untuk mencapai matlamatnya.


Beliau berkata, pembangkang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memerintah negara ini dan dasar yang dicipta oleh mereka cuma sesuatu yang direka dan bersifar populis sahaja.

"Kita tak perlu warna hijau, warna biru mud
a, juga tak perlu warna jingga, tak perlu kerana itu janji yang diperdagangkan sahaja," katanya pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 di Sungai Abong, di sini, hari ini.

Najib berkata, sebagai pemimpin, beliau be
rpegang kepada prinsip dan pendekatan bahawa sebagai pemimpin kita tidak boleh jauh dari hati rakyat.

"Menerusi lawatan seperti ini, ia akan memaut paut rasa kasih antara pemimpin selain melihat sejauh mana dasar induk dapat diterjemahkan apabila pemimpin turun ke peringkat daerah dan peringkat akar umbi,"
katanya.

(cerita dari BH)

KK:Beginilah perkara biasa yang berlaku ketika sesuatu Kelompok terasa tercabar dengan apa yang mereka hadapi.Banyak alasan dan penjelasan ciptaan yang diberi bagi menambat hati orang-orang yang mendengar.

Antaranya kesinambungan yang bakal diperolehi.Pada kami yang berubah hanyalah pemerintah bukan negara ini berubah ke
pada lebih buruk.Siapa yang boleh menjangka sebelum sesuatu dilakukan?

Dulu British juga tak bagi orang Melayu memerintah sendiri.Kata mereka,orang Tanah Melayu tidak boleh memerintah.Tapi selepas lama merdeka,kenapa rakyat Malaysia boleh lakukan?
Apa warna yang membawa perubahan?
Takkan Biru Tua sahaja?Sesuatu yang direka adalah permulaan impian bagi sesuatu perjalanan.Untuk keluar sebuah kereta perlu ada rekaan terlebih dahulu.

Dan lagi satu,adakah BN sendiri tidak p
ernah mereka sesuatu?Wawasan 2020 direka oleh Tun Mahathir.ISLAM HADHARI direka oleh Tun Abdullah dan 1 Malaysia direka oleh Datuk seri Najib(ke 1 Malaysia ditiru dari orang lain?).Jadi BN juga terlibat dalam MEREKA sesuatu.


Dan kiranya Malaysia ditadbir dengan baik,adakah mungkin Kementerian Pertahanan HILANG ENJIN JET PEJUANG?Adakah mungkin juga PEMBELIAN KAPAL SELAM diuruskan oleh ORANG BUKAN dalam KEMENTERIAN?

Dan adakah kita semua pasti yang PR memang tidak boleh memerintah?Adakah kita kepala dan fikiran BN sahaja yang boleh mentadbir?(Bukan cekap mana pun!)

Dan mungkin juga SEMUANYA MUNGKIN!




Tuesday, March 22, 2011

Banjir Kilat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Baiki sistem saliran

FELDA SUNGAI RETANG – Masalah sistem saliran dalam kawasan Felda di sini perlu diberi perhatian serius pihak berkenaan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat terus berulang.

Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Zulkifli Zaaduan Zabir berkata, sistem saliran yang bermasalah memberi kesan buruk kepada penduduk setempat setiap kali hujan lebat berlaku.


Menurutnya, banjir kilat bukan sahaja menyebabkan kemusnahan dan kerugian harta benda, namun turut memutuskan jalan perhubungan penduduk dengan kawasan luar apabila laluan utama ditenggelami air.

“Kejadian banjir di Sungai Retang umpamanya antara yang memberi kesan buruk jika setiap kali ia berlaku. Urusan harian akan terganggu seketika sekiranya laluan utama ke Felda itu dinaiki air.

Cerita lanjut Sinar Harian


KK:-Cerita ni kami jumpa dalam Sinar Harian.Jadi,boleh lah berita ini dianggap betul walau untuk orang atau penyokong BN sekalipun.

Cerita banjir kilat di Sg Retang dah lama rasanya.Wakil Rakyat PAS pernah tegur perkara dalam Dewan Negeri tak silap kami.Tapi masih berulang perkara yang sama setiap kali hujan lebat turun.

Jadi,agak-agaknya bila hal ini nak selesai?

Kami rasa sebelum Jalan ke Hulu Tembeling siap,mungkin masalah Jalan ke FELDA Sg Retang akan dapat diselesaikan dulu agaknya?

Lagipun Jalanraya ke Hulu Tembeling tu janji pada signboard dia dijadual siap pada 2013.Mungkin tengah cari laluan yang banyak balak agaknya?Boleh lagi diguna untuk JANJI PRU ke 13 kut??

Hehehehehehehe.......

Monday, March 7, 2011

Berita dari KERDAU.......

Peneroka Jengka 22, 23, 25 patut dapat RM13,000 hari ini


Peneroka dari Felda Jengka 22, 23, dan 25 sepatutnya dapat wang SES bernilai RM13,000 secara tunai hari ini mengikut janji pilihan raya oleh Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini.

Dalam kenyataan beliau yang disiarkan dalam semua media, Ahmad Maslan berjanji pembayaran akan dibuat pada 7 Mac, iaitu sehari selepas hari pengundian PRK Kerdau.

Namun peneroka dikenakan dengan tiga opsyen iaitu jika menerima bayaran penuh RM13,000, hendaklah membayar kembali RM650 sebulan selama 20 tahun.

Opsyen kedua ialah jika peneroka menerima RM6,500 perlu membayar kembali RM550 selama 20 tahun. Manakala opsyen ketiga jika tidak mahu menerima apa-apa bayaran, peneroka perlu membayar kembali RM400 sebulan selama 20 tahun.

Wang SES ialah wang peneroka yang menukarkan tanaman ladang getah mereka kepada sawit melalui cukai 15 sen (10 sen untuk kerajaan, 5 sen untuk peneroka), yang wajib dikembalikan kepada peneroka.

Ketiga-tiga Jengka berkenaan termasuk dalam Dun Kerdau.

Selain wang SES, peneroka juga dijanjikan dengan wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membnatu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

BN melalui calon Umnonya Syed Ibrahim Syed Ahmad menang besar dalam PRK Kerdau 6 Mac (semalam).

Saturday, March 5, 2011

Tiada Isu?????

Kenyataan Media Pengarah PRK Kerdau - 01 Mac

Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dalam urusan pembalakan dan perlombongan yang berjumlah hampir RM300 juta.

Hari ini kami mahu mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Pendedahan ini juga membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan secara bersistematik, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan sehingga sanggup mengisytiharkan projek luar kawasan mengundi diresmikan dalam kawasan mengundi.

Janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.

Maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa ”Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu”.

Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau ”You help me, I help you!”. Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.

Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM.

Keseluruhan peruntukan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah melebihi RM10juta yakni 10 kali ganda peruntukan sebenar pembangunan di setiap parlimen. PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1960).

Sehubungan dengan ini, Dewan Pemuda PAS negeri akan membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.

(Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)
Naib Presiden PAS,
Pengarah Pilihanraya N.28 Kerdau
01 Mac 2011

(Sumber dari Pemuda Kuala Krau)

Tuesday, March 1, 2011

Takziah.....

Assalamualaikum w.b.t.

Kami di sidang pengarang N9 Tahan dengan ini ingin mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga Dato' Azizan Yaakob,Mantan ADUN Pulau Tawar atas pemergian beliau lebih kurang pukul 11.30 malam tadi di Kuala Lumpur.Harap masih ada Insan yang akan meneruskan usaha beliau di MelayuRaya Daily.

Al-Fatihah!