Gambar di atas menunjukkan kawasan longkang yang hampir tidak dapat mengalir airnya kerana dihalang oleh mendapan tanah.Kita boleh saksikan yang timbunan tanah dan batu dibiarkan sahaja tanpa pengurusan yang lebih baik atau cekap.
Gambar di atas pula menunjukkan yang kemasukan tanah ke dalam longkang utama di Taman Inderapura boleh mengganggu aliran air dan mungkin menyebabkan Banjir Kilat.
Saya sempat menemui seorang penduduk tempatan yang mengeluh setiap kali hujan lebat turun kerana menurut beliau,rumahnya akan dibanjiri dengan selut dan lumpur setiap kali ia berlaku.
Dan setelah saya berjalan agak kedepan sedikit,dapatlah saya menyaksikan apakah diantara sebab yang perkara mendapan tanah dan sekatan aliran ini berlaku.Mungkinkah di sini ianya bermula???????
Dan baru sebentar tadi saya membaca dalam Sinar Harian(Pahang) yang satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Jerantut.Cerita tersebut boleh anda baca DI SINI
Jadi,agak-agaknya apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak berwajib tentang perkara ini?Adakah mereka akan berdiam diri dengan perkara yang pada saya SANGAT serius dan perlu tindakan SEGERA!
Saya kurang pasti siapa punya projek di lereng bukit di belakang Taman Inderapura ini.Tapi kalau dah ada tanah yang runtuh dan HAMPIR meragut nyawa,apa lagi yang perlu ditunggu?Adakah apabila HILANG nyawa baru nak ambik perhatian?????
No comments:
Post a Comment