Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, February 20, 2012

Adakah ianya benar-benar ingin membantu????


 Assalamualaikum kepada para sahabat dan pembaca sekalian.

Dalam 2,3 hari ni banyak majlis diadakan oleh kerajaan dan wakil-wakil rakyat.Apalagi kalau bukan Majlis BR1M.

Bantuan ini adalah sangat bagus dan boleh membantu mereka yang kesempitan hidup.Dapat juga membantu mengurangkan bebanan harian mereka semua.

Apabila banyak bantuan yang diberi,maka dengan automatiknya ini membuktikan negara kita berkembang ekonominya.

Dan rakyat Malaysia juga untung.Dapatlah mereka berbelanja dengan lebih banyak.

Dulu,banyak BIASISWA yang telah dihentikan nak-nak pulak masa ekonomi merudum tahun 97,98.Dan sehingga hari ini masih ada yg belum dikembalikan kepada orang yang perlu.

Ianya cuma digantikan dengan PTPTN contohnya dimana setiap pelajar perlu membayar apa yang mereka perolehi semasa pengajian mereka.

Dan sekarang,nampak gayanya DUIT negara dah bertambah.Apa kata KALAU biasiswa seperti sebelum ini disambung atau dikembalikan?Lebih-lebih pula pada anak MELAYU yang ternyata ramai memerlukan bantuan seperti ini.

Apabila ianya dikembalikan,Insyaallah akan bertambah legalah tanggungan ibubapa mereka-mereka ini.Ini sebenarnya bukan mustahil.

Kan sekarang Malaysia banyak duit?

Ataupun semua bantuan sekarang hanya untuk memancing UNDI?