Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, August 22, 2011

Iye ke Muhyiddin ni?????

Melihat kepada cara bercakap dan janjinya,nampak sangat PROMISING.


Nak bela dan terus memperjuangkan MElayu katanya.Nak naikkan taraf kehidupan orang Melayu katanya.Dan bla,bla,bla,bla seterusnya semua cerita pasal orang MELAYU.

Agenda bumiputera tetap diutamakan



SHAH ALAM 20 Ogos - Kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh UMNO tidak pernah mengabaikan kepentingan untuk mengutamakan agenda bumiputera dalam usaha melaksanakan proses transformasi berasaskan Model Baru Ekonomi. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak dinafikan terdapat persepsi bahawa kerajaan seolah-seolah mengabaikan agenda tersebut termasuk oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Namun, tegas beliau, hakikatnya, program transformasi ekonomi itu mengambil kira kepentingan semua kaum di negara ini termasuk golongan bumiputera. 

"Hakikatnya, agenda bumiputera sejak dahulu sampai hari ini masih kekal menjadi agenda utama kepimpinan dan kerajaan. 

"Saya sendiri tidak akan rela dan sanggup melihat bahawa selagi Melayu masih perlu dibela kita biarkan sebegitu rupa dan tidak ada satu usaha dibuat untuk membantu dan memperjuangkan nasib mereka," katanya.


Muhyiddin berkata, meskipun kerajaan tidak menyebut secara berulang kali tentang kepentingan bumiputera kerana mahu mempertahankan semua kaum, pada hakikatnya orang Melayu dan bumiputera tidak diabaikan.

Beliau menjelaskan, kerajaan juga menyedari tentang persepsi bahawa sistem pengurusan kontrak dan perolehan dikatakan seolah-olah tidak mengutamakan bumiputera apabila nilai kontrak tidak sebesar dahulu kerana diamalkan dasar meritokrasi.

( Berita lanjut di sini)


Tapi kalau lihat realiti setakat hari ni,tidak nampak sangat jelas yang BELIAU cuba mempertahankan BANGSA MELAYU.


Cuba tengok di Jerantut sendiri,bagaimana pencapaian yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu?


Dah berapa kali Ahli Parlimen dipegang oleh orang BUKAN MELAYU?Berapa banyak ADUN yang bukan orang Melayu?Tapi di mana sebenarnya kekuatan orang Melayu JERANTUT?


Fikir dan nilai sendiri!!!!!!!





Sunday, August 21, 2011

Apa sebenarnya yang cuba dilindungi??????

Kalau mengikut pembacaan kami,nampaknya ada perkara yang mungkin lebih buruk tentang GOLONGAN yang menggesa Koh Tsu Koon ni turun.

Kalau tidak takkan dia boleh kenyataan macam kat bawah dalam MEDIA terutama sekali MEDIA BESAR macam BH tu?

 

Koh beri amaran dedahkan pihak yang keluarkan kenyataan negatif

IPOH: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak perkara berhubung pihak yang mengeluarkan kenyataan negatif bagi menghentam dan menjatuhkannya.

Beliau enggan menghuraikan perkara didedahkannya namun berkata, dirinya dan parti ada strategi bagi berdepan dengan golongan berkenaan. 


Koh berkata demikian pada perasmian persidangan Perwakilan Gerakan Perak di sini, sebentar tadi. 

(Sumber dari BH Online


Kalau macam ni memang adalah perkara yang tak kena dengan GERAKAN di Penang dan seluruh Malaysia ni agaknya.


Kalau parti kompenen BN pun ada rahsia yang kira buruk macam ni,takkan PARTI KOMPONEN yang lain tu BERSIH sahaja????


Apa agaknya cerita yang masih belum dinyatakan oleh Bekas KETUA MENTERI Pulau Pinang BUMIPUTERA terakhir sebelum Lim Guan Eng ini agaknya???????