KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain.Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lalu.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA
P/S:-Yah!Sungguh beruntung kita rakyat Malaysia.Walaupun kita pengeluar minyak kita masih lagi bergantung kepada negara lain untuk menentukan harga minyak di pasaran kita sendiri.
Agak-agak barang-barang tak naik ke lepas ni?Agak-agak harga roti canai dan teh tarik tak naik ke lepas ni?Agak-agak harga bawang besar dan bawang putih tak naik ke lepas ni?Agak-agak harga minyak masak tak naik ke lepas ni?Agak-agak.......dan seterusnya!
Dan kami dari sidang N9Tahan ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Penyokong BN kerana dengan SOKONGAN anda jadi harga boleh dinaikkan.
Adakah minyak naik untuk buat belanja PROJEK memujuk rakyat di Sarawak sempena PRK negerinya?Adakah mungkin harga naik untuk cover perbelanjaan yang telah keluar?
Adakah harga naik kerana ingin menampung perbelanjaan MENGARUT seperti PERMATA PINTAR,sedangkan sudah ada PRASEKOLAH di sekolah rendah?Adakah.......dan senarainya berterusan........