Dua,tiga hari ni agak kecoh tentang KES Ketuanan Melayu.Ada pihak yang cuba nak mengurangkan HAK ketuanan Melayu dan ada pulak pihak yang cuba nak MEMPERTAHANKAN Ketuanan Melayu.Dan tentunya mereka-mereka ini dari 2 pihak yang BERTENTANGAN idea dan falsafah perjuangan.
Dan pada saya sebenarnya,mereka ini semua asal dari RUMPUN YANG SAMA!Mungkin tak ramai yang ambik peduli hal yang kecil seperti itu.(samalah macam suara KECIL juga,tak begitu dipedulikan!)PKR itu berasal dari UMNO pada mulanya.Setelah Pemimpin De Facto mereka TERlempar keluar,maka mereka menubuhkan Parti Keadilan Nasional(Nama hampir sama BARISAN NASIONAL??)Dan setelah beberapa lama,mereka pun bergabung dengan SEBAHAGIAN AHLI dari PRM(Parti Rakyat Malaysia) untuk membentuk PKR.
Dan UMNO pulak dah lama tertubuh,cuma layak didaftarkan semula sebagai Parti UMNO(baru) setelah perpecahan yang terjadi dalam tahun 80an dulu.Setelah itu lahirlah sebentar Parti yang bernama PMS46.Mereka berjaya dalam sama-sama memerintah Kelantan pada tahun 1990.Dan setelah agak lama berada di luar UMNO,semua ahli didahului oleh PEMIMPIN UTAMA yang mengatakan "AKAN MEMBAWA BENDERA PMS46 WALAUPUN HANYA TINGGAL DIA SEORANG" rujuk semula dengan UMNO.
Kini mereka terus memperjuangkan Ketuanan Melayu.Saya masih teringat sebuah lagu semasa menghadiri Kursus BTN tidak lama dahulu.Ada liriknya berbunyi begini:-
'Kini kita hanya tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati,bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri,'
Kalau dilihat pada bait lagu tersebut,seruan itu telah lama dilaungkan.Tapi kenapa masih belum ada SAHUTAN yang jelas dari orang-orang Melayu?
Kalau dilihat pada pencapaian ORANG MELAYU di Jerantut sendiri,mungkin ramai yang dapat menilainya.Sejak beberapa lama dahulu(mungkin dari mula merdeka lagi) tidak ada ramai bangsa lain yang MEMEGANG KUASA di sini.Kalau ada sekalipun cumalah di beberapa DUN,dan sekarang cuma tinggal 1 DUN sahaja iaitu DAMAK.Jerantut pernah ada MENTERI,TIMBALAN MENTERI,EXCO NEGERI PAHANG(Kalau tak silap 2 orang) dan macam-macam lagi.Kalau dalam Parti pulak sampai ada EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA!
Tapi macam mana dengan ketuanan MELAYU di Jerantut?Orang Melayu jadi TUAN apa di Jerantut?Tuan Kedai?Mungkinlah ada 2,3 kerat.Tuan Tanah?Kawasan Bandar ni rasanya ada juga 2,3 kerat.Cuba bandingkan Perniagaan Orang Melayu dengan Kaum Lain di sini.Nampak perbezaannya?Takkan tak nampak kut?
Jadi mana hasil KETUANAN MELAYU di Jerantut?Kalau KETUANAN HARTA MELAYU pun kurang,apa lagi KETUANAN MELAYU tu?
Ketuanan Melayu di Jerantut?Hehehehehehe.........
Hit Counter
Tuesday, November 30, 2010
Saturday, November 27, 2010
Di mana kah tempat ini??????
Pada suatu petang ketika saya dan keluarga selesai membeli-belah di Pasaraya TF,Jerantut kami bergerak ke Stesyen Shell berhampiran untuk mengisi minyak.Dan dalam perjalanan kami telah berjumpa dengan keadaan yang boleh di katakan agak kurang sedap di pandang di kawasan perumahan yang berhampiran dengan Pasaraya TF.Di bawah ini saya sertakan gambar yang sempat saya ambil dari kawasan berkenaan.
Gambar di atas menunjukkan kawasan longkang yang hampir tidak dapat mengalir airnya kerana dihalang oleh mendapan tanah.Kita boleh saksikan yang timbunan tanah dan batu dibiarkan sahaja tanpa pengurusan yang lebih baik atau cekap.
Gambar di atas pula menunjukkan yang kemasukan tanah ke dalam longkang utama di Taman Inderapura boleh mengganggu aliran air dan mungkin menyebabkan Banjir Kilat.
Saya sempat menemui seorang penduduk tempatan yang mengeluh setiap kali hujan lebat turun kerana menurut beliau,rumahnya akan dibanjiri dengan selut dan lumpur setiap kali ia berlaku.
Dan setelah saya berjalan agak kedepan sedikit,dapatlah saya menyaksikan apakah diantara sebab yang perkara mendapan tanah dan sekatan aliran ini berlaku.Mungkinkah di sini ianya bermula???????
Dan baru sebentar tadi saya membaca dalam Sinar Harian(Pahang) yang satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Jerantut.Cerita tersebut boleh anda baca DI SINI
Jadi,agak-agaknya apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak berwajib tentang perkara ini?Adakah mereka akan berdiam diri dengan perkara yang pada saya SANGAT serius dan perlu tindakan SEGERA!
Saya kurang pasti siapa punya projek di lereng bukit di belakang Taman Inderapura ini.Tapi kalau dah ada tanah yang runtuh dan HAMPIR meragut nyawa,apa lagi yang perlu ditunggu?Adakah apabila HILANG nyawa baru nak ambik perhatian?????

Subscribe to:
Posts (Atom)