Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Friday, May 28, 2010

Pada huruf ‘BA’ nya!

Seperti yang telah lama kita tahu,UMNO yang terkenal dengan perjuangan ‘ALIF, BA TA’ nya telah memegang tampuk pemerintahan Negara sejak sebelum merdeka lagi.

Begitu juga keadaan yang telah DITAKDIRKAN berlaku di JERANTUT.Parlimen Jerantut sejak dulu tidak pernah dimenangi oleh Parti lain selain UMNO dan BN.Cuma 2 DUN dalam Parlimen Jerantut pernah ditembusi PEMBANGKANG iaitu PULAU TAWAR(S46) dan TAHAN(PAS).

Kali ini saya ingin focus kepada Jerantut dan system pendidikan.’BA’ disini adalah merujuk kepada bangsa atau kaum Melayu itu sendiri(mengikut UMNO dan ALIF,BA,TA nya itu!)

Setelah agak lama berada di Jerantut dan kawasan Parlimen ini,saya tidak Nampak adanya KELEBIHAN dari segi pendidikan.LIPIS ada MRSM dan Maktab Perguruan.Temerloh ada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI),Jengka (YANG LEBIH BARU DAN KECIL DARI JERANTUT!)ada UiTM dan SEK. MEN. TEKNIK. Jerantut ada apa? Sekolah Asrama Melimpah(bukan ASRAMA PENUH!),Pusat SERENTI(IPT orang MUDA MELAYU)dan Sekolah Pemulihan Akhlak(dulu ada perempuan,sekarang tinggal lelaki sahaja).

Dengarnya dulu,MRSM LIPIS tu patut dapat ke kita.Tapi apa dah jadi?Mungkin LIPIS pemimpinnya lebih kuat!Bukan macam Jerantut,lembab serba-serbi!

Cuba bayangkan sekiranya ada Intitusi Pendidikan yang tersohor ni kat Jerantut?Bukankah anak tempatan bakal mendapat keuntungannya?(bukan setakat PROJEK dan ALI BABA sahaja!)banyak mana peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan?Biarpun setakat Tukang Sapu dan Budak Pejabat,masih ada peluang untuk orang setempat.Takkan nak ambik ORANG LUAR kerja disini.Itu kerja GILA!

Peluang anak tempatan untuk masuk ke ASRAMA PENUH juga adalah lebih.Bukankah itu dapat membantu mereka dalam masa depan mereka?Bukankah peluang itu yang patut diberi untuk menaikkan taraf hidup orang tempatan?

Jadi dimana PIMPINAN PARLIMEN JERANTUT?Kita pernah ada beberapa orang TIMBALAN MENTERI.Kita pernah ada beberapa orang EXCO NEGERI PAHANG.Kita juga ada EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.Tapi apa usaha mereka?Cukupkah setakat MENGGOMOLI dan MENGGAULI TANAH DAN HARTA SEKITAR PARLIMEN JERANTUT SAHAJA?Baguskah mereka kalau setakat MEMBINA EMPAYAR dan KEKAYAAN DIRI SENDIRI sedangkan orang TEMPATAN terus SUSAH dan MEREMPAT?Mana janji dan kata-kata PEMIMPIN SEKARANG DAN MASA DEPAN INI?Kalau sembang,ORANG BUTA PUN BOLEH!Jadi jangan berbohong dan mendabik dada bahawa kamulah pejuang AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR!

Thursday, May 6, 2010

Busuk macam ***????


Komen dari PEMBACA.....

Tahukah N9 bahawa kerajaan telah meluluskan 2500 ekar tanah di Ulu Tembeling untuk rancangan Felcra. Felcra telah melantik para pegawai/pengurus Felcra Ulu Tembeling ditempatkan sementara di felcra Tembeling Tengah. Apabila felcra hendak membangunkan hasil kajian tidak sesuai utk ladang sawit kerana tanah berbukit. Oleh itu felcra mohon kpd exco tukar syarat sawit kpd getah. Sebelum mesyuarat exco seorang adun yg sgt suka berbalak turun naik ke pjbt hutan negeri pahang. Tujuannya utk mempastikan kaawasan itu ada balak; tapi tidak ada balak dikawasan itu. Semasa mesyuarat exco, tukar syarat itu telah ditolak oleh exco alasannya kawasan itu termasuk kawasan hutan simpan Taman Negara. Taklimat mesyuarat tanah jerantut menjelaskan bahawa kawasan itu tidak ada kena mengena dgn hutan taman negara kerana ianya diseberang sini sungai bukan sebelah taman negara. Oleh itu mesyuarat tanah meletakkan supaya kawasan asalm dikekailkan. Adun tersebut telah menyediakan satu kawasan yg penuh balak dikawasan bukan di ulu tembeling lagi.
Oleh kerana banyak sangat songel, felcra membatalkan felcra utk org ulu tembeling. Adun ini sanggup menjual kepentingan rakyat jelata dan pengundinya utk mendpt laba balak. balak lagi penting dari pengundi.

Kami kata:-Di atas ini adalah komen dari pembaca mengenai posting kami bertarikh 23 APRIL 2010.Dari maklumat sumber,ada mengatakan bahawa FELCRA di kawasan ULU TEMBELING telah dibatalkan atas beberapa permasalahan yang dihadapi.

Antara yang menjadi masalah besar dalam kewujudan FELCRA di kawasan ini pada kami adalah karenah BIROKRASI yang nyata belum ada penghujungnya. Memandangkan ada Yang Boroi ingin mengambil kesempatan diatas pengwujudan FELCRA di kawasan ini,maka rancangan untuk pembukaan felcra telah dibatalkan. Nyatalah bahawa ORANG BESAR di kawasan tidak mengambil berat tentang kehendak Orang Tempatan(Orang Dalam DUN TAHAN).Mereka lebih mngutamakan keuntungan dan LABA yang akan diperolehi sekiranya ini akan berlaku.


Telah diketahui oleh ramai bahawa Yang Besar di kawasan ini sangat suka berniaga dan mencari keuntungan.Dia juga dikatakan ada membuat permohonan tanah di banyak KAWASAN seperti di Kg Sempadan,Durian Hijau,Bukit Dinding dan berbagai tempat lagi.Jadi nyatalah Yang Besar seorang ini amat suka mencari HARTA dan keuntungan untuk SYARIKATNYA.Tetapi adakah ini salah Yang Besar ini secara bersendirian?Pada kami orang ramai juga bersalah kerana telah menaikkan dan memenangkan dia dalam PILIHANRAYA dan APA JUA PILIHAN atau PERTANDINGAN setakat ini.Jadi sebenarnya ramai yang terlibat,termasuklah KONCO-KONCO dan SAHABAT HANDAI Yang Besar ini.Ini termasuklah KAKITANGAN KERAJAAN yang menyokong dia dalam PEMILIHAN UMNO di mana dia telah MENEWASKAN PENCABARNYA.Ada kalangan Kakitangan Kerajaan mempunyai KELULUSAN yang lebih TINGGI dari dia ni.Itu tak penting agaknya.Yang penting FULUS MASYUK! Tiada lagi rasa tanggungjawab atas apa yang berlaku.Cuma yang penting adanya keuntungan DIA dan OKU(Orang Kuat UMNO) di bawah telunjuk dan ketiaknya.Apa yang orang luar boleh buat?Bukan dikira HIJAU atau MERAHnya individu.Lebih baik tengok apa yang DILAKUKAN OLEH INDIVIDU tersebut.Janganlah menyanjung terlampau tinggi orang yang berpangkat,kalau perutnya BUSUK macam ****!!!!!

Saturday, May 1, 2010

Rasuah-Bahagian 2

Usaha memerangi rasuah bukan mudah. Berasaskan perangkaan SPRM, bagi tempoh 10 tahun, iaitu 2000 hingga Februari 2010, 878 orang ditangkap atas kesalahan cuba menyogok penjawat awam. Secara puratanya seramai 88 ditangkap setiap tahun atas jenayah ini. Dari 878 tangkapan tersebut, hampir 90 peratus melibatkan cubaan menyogok anggota penguat kuasa pelbagai agensi.

Cubaan menyogok ini pula mempunyai kaitan dengan usaha pemberi rasuah untuk mengelakkan dari tindakan atas kesalahan jenayah berat lain seperti dadah, penyeludupan, judi, pelacuran, pendatang asing, kesalahan jalan raya dan sebagainya.

Kes dua anggota polis Detektif Koperal Mohd Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd Tarmazi yang ditawarkan rasuah RM500,000 daripada penyeludup dadah yang membawa 978 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM280 juta wajar dijadikan teladan. Atas kesedaran dan tahap integriti yang tinggi kedua-dua anggota ini telah menolak tawaran rasuah tersebut dan seterusnya menangkap pengedar dadah tersebut.

Justeru sempena Hari Pekerja tahun ini, SPRM akan melancarkan kempen kesedaran besar-besaran kepada semua penjawat awam khasnya dan anggota masyarakat untuk menghentikan perbuatan menyogok penjawat awam.

Di pihak penjawat awam, kempen kesedaran berhubung kewajipan melaporkan apa jua sogokan di bawah seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 akan ditekankan dalam kempen-kempen yang telah dirancang menerusi media.

Akhir sekali masyarakat perlu melihat implikasi jenayah rasuah terhadap politik, ekonomi, sosial dan keharmonian negara dan tidak memandang remeh hanya kerana nilainya kecil atau pelakunya bukan orang kenamaan. Kesedaran itu amat penting!

Kami kata:-Nyatalah bahawa usaha memerangi rasuah ini telah lama dikuatkuasakan.Tapi persoalannya,kenapa ianya tidak nampak pengurangan dan penurunan?Rasuah dalam artikel lebih menumpukan kepada yang dilakukan oleh PENJAWAT AWAM.Bagaimana pula dengan rasuah yang melibatkan Orang Besar dan Berpengaruh?adakah mereka ini tidak termasuk dalam pemberi dan penerima rasuah.Bukankah jumlah RASUAH atau SAGUHATI dari mereka atau untuk mereka ini lebih besar jumlahnya?Setiap kali pemilihan dalam PARTI,akan ada golongan yang MEMBERI dan MENERIMA.Jadi apa yang patut dilakukan kepada mereka ini?Adakah patut diam dan membisu sahaja?Kualiti kepimpinan akan terjejas dengan berleluasanya masalah ini.Ada kawan menceritakan satu kisah di negeri INDERAPURA.Semasa pertandingan KETUA SAYAP PARTI,Penyandang bertanya kepada pencabar"Awak nak lawan saya?Berapa guni duit awak ada?"Apa agaknya maksud soalan tersebut?Dan kemana tujuannya soalan tersebut?KARAM KAPAL melaporkan untuk BULETIN N9 TAHAN!

Rasuah-Bahagian 1

Berikut adalah artikel yang menarik minat yang kami ambil dari http://www.sinarharian.com.my

Memerangi si pemberi rasuah

Oleh - Datuk Ahmad Khusairi Yahaya


Sejauh mana kefahaman masyarakat mengenai perbuatan memberi rasuah sebagai jenayah serius? Jika disabitkan, seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjarakan dan didenda.

Kebiasaannya, pendakwaan kes-kes rasuah yang dipaparkan media lebih berkisar kepada penerima rasuah, terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dikatakan mempunyai kuasa mengambil atau tidak mengambil sesuatu tindakan yang mana ia memberi manfaat kepada si pemberi rasuah.

Terdapat juga pandangan dan teguran segelintir masyarakat bahawa pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mengambil tindakan ke atas penerima rasuah. Ada juga antaranya tidak mengetahui memberi rasuah itu suatu kesalahan jenayah.

Bermula dari kewujudan Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan terkini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, jelas memperuntukkan perbuatan memberi suapan rasuah merupakan kesalahan serius. Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah.

Jika disabitkan dengan kesalahan ini, seseorang itu akan berhadapan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Rasuah salah di sisi agama, ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah”.

Rasuah tidak akan berlaku seandainya salah satu pihak, sama ada pemberi atau penerima tidak merestuinya. Rasuah akan berjaya dibanteras jika kedua-dua pihak terbabit enggan melakukannya dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kami kata:-Seperti yang kita baca diatas,rasuah ini sebenarnya amatlah rosak dan merosakkan.Hukuman yang dikenakan mungkin cukup berat pada sesetengah orang tapi tidak pada yang lain.Kalau setakat RM10,000 mungkin bukan masalah kepada mereka yang berpendapatan lebih RM 30,000 sebulan.Jadi bagaimana ini akan membantu pengurangan RASUAH?Biasanya Pegawai Kecil dari jabatan kerajaan akan diambil tindakan atas kesalahan RASUAH yang kecil jumlahnya.Tapi pernahkan kita terfikir tentang mereka Yang Besar dan yang berpengaruh?Siapa yang akan mengambil tindakan terhadap mereka?Bersambung..........


Cerita dari Kuala Lumpur......

Polis suraikan perhimpunan tanpa permit di Dataran Merdeka




KUALA LUMPUR: Polis menyuraikan sekumpulan 500 orang yang berkumpul secara haram di Dataran Merdeka di sini bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sempena Hari Pekerja hari ini.

Tinjauan mendapati kumpulan itu berhimpun di luar pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar sejak awal pagi sebelum menuju ke Dataran Merdeka, manakala satu kumpulan lagi cuba memasuki perkarangan bangunan Parlimen pada 11 pagi.

Kira-kira 300 anggota polis berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Parlimen sejak awal pagi.

Selepas tidak dibenarkan berhimpun di Dataran Merdeka, kumpulan itu kemudian beredar ke perkarangan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor sambil melaungkan slogan serta membawa kain rentang yang membantah pelaksanaan GST.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, yang menyelaras perhimpunan itu berkata, selain membantah GST, perhimpunan itu juga bertujuan menyuarakan beberapa tuntutan pekerja termasuk cuti bersalin 90 hari dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan terhadap mereka yang berpendapatan rendah.

Katanya, senarai tuntutan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Selepas dua jam berhimpun, kumpulan itu kemudian bersurai tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. - Bernama


Kami kata:-dari cerita yang kita dah maklum,GST ni ditunda perlaksanaannya dan sedang dalam kajian mendalam.Kita kena ingat yang ianya bukan dimansuhkan,cuma ditunda.Sekiranya GST ini dilaksanakan,beban kepada orang yang dikategorikan sebagai MISKIN akan bertambah susah.Ini kerana ianya bukan setakat cukai barangan,malahan cukai perkhidmatan akan turut NAIK.Jadi ternyata ianya tidak sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang yang agak buruk.Kami bimbang bahawa rakyat telah mula leka dengan hal lain,ianya akan dijalankan tanpa sebarang pengumuman.Dan rakyat tidak akan sedar dengan kenaikan ini.Dan seterusnya rakyat akan terus ditindas dan menderita.Tahniah kepada pimpinan yang bijak dan berkaliber!

Beza antara MIC dan UMNO......

RM130juta untuk naik taraf Sekolah Tamil

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan RM130 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf 80 buah sekolah Tamil di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Beliau berkata, projek itu sedang giat dijalankan dan di jangka selesai keseluruhannya dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Saya percaya dengan adanya peruntukan ini semua masalah infrastruktur yang kini dihadapi oleh sekolah Tamil akan dapat ditangani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Tahunan SRJK (T) Jalan Fletcher, di sini hari ini.

Kami kata:-inilah dia antara contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh PARTI MIC,iaitu memperjuangkan hak dan kepentingan kaum India.Pada pemerhatian kami,UMNO masih lagi belum benar-benar berkesan menjadi JUARA RAKYAT.Dahulu agak kecoh bahawa kerajaan akan memastikan SAR atau sekolah agama rakyat tidak akan ditutup walaupun tiada bantuan.Itu masa Datuk Seri Nazri Aziz berdebat dengan Salehuddin Ayub tentang masa depan SAR.Tapi hingga kini berapa banyak SAR telah dibantu oleh kerajaan?Asas agama adalah penting tak kira pandangan politik.Tapi kalau dah bantuan pun tak diberi,macam mana SAR nak bernyawa.Ada pula pimpinan yang mengatakan SAR ni tempat lahirnya PENGGANAS!Masih ingat lagi?Tapi ada juga CUCU ALIM ULAMAK yang pernah jadi PM.Siap bawak konsep ISLAM HADHARI lagi!Tapi kenapa kerajaan belum nampak berkesannya sistem PENDIDIKAN ISLAM dalam mengharungi masalah masa kini terutama sekali masalah sosial.Asas yang teruk akan melahirkan INSAN-INSAN yang tidak amanah,rasuah dan berbagai lagi kebejatan moral.Kenapa UMNO tidak menegakkan Aliff,Ba dan Ta nya itu?Bukankah AGAMA itu adalah pati perjuangan UMNO?Mana buktinya??????